Cinta Sejati

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu  menghabiskan masanya
di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca  novel & buku
cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang  ada tertulis
nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.  Tertulis disitu;
"Catrina...kesepian & perlukan sahabat".
>
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada  si gadis. Setelah
pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu  niat ingin
berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat  balasan
daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
>
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.  Persahabatan mula
bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing  masih belum
bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga  dengan si gadis.

Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa  masing-masing,
tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
 
Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh  bala tentera untuk
pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia  takut sekiranya
dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.
 
Maka  diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita,
dan kamu masih  sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi
di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti.

Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa
sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu
juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan
malam dan  bertemu orang tuaku."
 

Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah  mengutuskan surat itu

Beberapa bulan kemudian...


Pada hari  pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen
keretapi di bandar tempat  si gadis tinggal sambil memegang
bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi  seorang gadis yang
lalu sekiranya dia turut memegang bunga.

Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang  agak berisi dan
duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung  dan tangannya
cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga  mawar
berwarna merah...

Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.
"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan  tersenyum.

Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata;
  "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. 
Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium  tangannya.

Si gadis itu terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi.  Tapi ada
seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar
tadi.  Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu
di restoran dekat  stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan
bertemu orang  tuamu....."
>
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia  melihat
kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan  tetap
berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan
gadis cacat itu adalah Catrina...

Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...

Please forward this email to spread love. May all the love in the
world comes to you & your loved ones after reading  this.
 
Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia ini????  Menerima
seadanya...dgn hati yg tulus dan ikhlas...fikir2kanlah....
 
Original email from Teratai
January 31, 2005

Hit Counter

Keep tract - number of visitors viewing this page.

Close this page