October Contest Result

Poem Title / Tajuk Sajak

Category

Judges Rating  Overall Rating
     SsS  SPK

ARN

P4L

 

 

1  

 Kudus Rindu

Malay

- 9 8.5 9 26.5

2

 Kehidupan Penuh Erti

Malay

- 8.5 7.75 8.5 24.75

3

 To The Girl That I Love

English

- 9 9 9 27

4

 Alone Again

English

- 8 7 8 23
 
 
 
Winner for October 2005 Poem Contest

 

 Open Category
English

Poem Title:

To The Girl That I Love
 
by
 
Kaito Kid
 

Prize for

October Contest

Click Here

Runner-up
for October 2005
Poem Contest

 

 Open Category

Malay

Poem Title:

Kudus Rindu

by

jsrr_kasih ilahi

No

Poem/Sajak

Comment:> The comments below should be taken with a positive view by the writers of the poem. Writers and readers must understand this website is a training ground for those  who are interested in writing  Poems. The Judges too are not 100% perfect. The main point is we learn from each other.

1

Kudus Rindu

Penilaian oleh SsS Networks

 

1

 

Kudus Rindu

 

Penilaian oleh Spk Networks

Rangkap pertama puisi ini menunjukkan betapa rindunya penulis kepada seseorang hingga tidak dapat lena tidur.

Rangkap kedua pula mengambarkan walaupun penulis merindui seseorang tetapi beliau yakin bahawa orang yang di tunggu itu tetap akan kunjung tiba.

 Pada keseluruhan sajak ini membayangkan penantian penulis yang amat mengharapkan. Ini boleh dilihat pada setiap rangkap pasti ada perkataan "penantian"

 Rangkap terakhir pula menunjukkan penulis begitu serius mengharapkan restu ibu bapa dalam mengakhiri penantiannya.

 Bahasa yang diguna indah berseni dan terdapat pembaharuan dimana berbanding sajak2 beliau yang lepas , bahasa yang digunakan pada sajak ini agak mudah difahami dan ' straight forward".

 

1

 

Kudus Rindu

 

Penilaian oleh ARN Networks

Sebuah sajak yang disusun dengan bait2 ayat yang indah yang mengambarkan

kerinduan pada yang tersayang.

Sebuah rindu yang hanya  selamanya diri mu penawar kerinduan.

Sajak yang meluahkan rasa resah menanti wardah impian untuk sebuah

pertemuan

melalui bait sajak ini….

resah hati ku pasti dipenantian

kasih ku kau indah penuh ketabahan

merealisasi impian janji pertemuan

senang sukar mawar ku pasti nantikan….

Di akhir sajak ini penulis memohon restu agar kasih suci di pertautkan.

 

1

 

Kudus Rindu

 

Penilaian oleh Pearl4love

Sajak ini mempunyai isi kandongan yang jelas seperti dinyatakan oleh SPK dan ARN. Gaya bahasa nya juga lebih mudah difahami kali ini jika dibandingkan dengan sajak-sajak beliau yang lalu.

Syabas diucapakan kepada penulis kerana telah dapat merapatkan sajak beliau kali ini kepada para pembaca.

 

2

Kehidupan Penuh Erti

Penilaian oleh SsS Networks

2

 

 

Penilaian oleh Spk Networks

 Penulis menceritakan kegagalan beliau yang lepas sambil mengharapkan masa hadapan yang lebih berjaya.

Seterusnya penulis mengambarkan kegembiraan bahawa tuhan telah memberi sinar kehidupan yang baru.

Kedatangan orang baru dalam hidup beliau juga memberikan kehidupan yang bererti.

Keseluruhan sajak mudah difahami dengan bahasa yang simple tetapi menarik.

 

2

 

 

Penilaian oleh ARN Networks

        Dalam sajak kehidupan penuh erti ini , penulis menggambarkan keluhan hati dalam mencari sinar dalam hidupnya dan tanpa di duga sinar itu telah

dikurniakan padanya. Dalam saat ini penulis menyatakan perlunya manusia menyakini…

.AKAN TIBANYA KASIH ILAHI

MELALUI SEORANG YANG

BENAR-BENAR MENYAYANGI

SEKALIGUS MENJANJIKAN

KEHIDUPAN YANG

PENUH BERERTI..

 

Sajak ini di sampaikan dengan ayat yang mudah tetapi masih boleh dipertingkatkan lagi.

 

2

 

 

Penilaian oleh Pearl4love

Emily penulis yang berjiwa besar dan harapan beliau untuk berjaya dimasa depan amat cerah.

Sajak beliau kali ini mempunyai hubungan yang amat kuat sekali dengan kepercayaan pada Tuhan bahawa permintaan nya akan dikabulkan.

Sajak ini boleh dijadikan satu contoh tauladan kepada mereka yang mencari dan mengharapkan suatu percintaan tanpa melupakan doa kepada Tuhan.

Ini jelas dapat dilihat pada bait2 sajak beliau yang berikut

 
TUHAN..
KAU KURNIAKAN SINAR TANPA BICARA
SINAR TANPA KUDUGA..
KAU HADIRKAN SEBUAH SINAR
YANG DICARI ..
TIAP MALAM SEPI
TIAP SIANG MENTARI..

Dan doa beliau tanpa beliau sedari telah dikabulkan; Ini dapat kita simpulkan dengan rangkap dibawah ini;

HATI YANG KELAM,
KINI DISINARI..
DISINAR NUR ILAHI..
SERTA CINTA SEORANG KEKASIH SEJATI..

Syabas diucapkan kepada Emily dengan gaya bahasa yang mudah dan masih boleh diperbaiki, beliau telah dapat menulis sebuah sajak yang menarik.

 

3

To The Girl That I Love

Penilaian oleh SsS Networks

 

3

 

 

Penilaian oleh Spk Networks

  Pada keseluruhan sajak ini mengambarkan tentang seorang gadis yang dicintainya. Gadis yang buatkan hidupnya ceria dan bertenaga sekali.

 Bahasa yang digunakan berirama dan elok dijadikan sebuah lirik lagu cinta.

 

3

 

 

Penilaian oleh ARN Networks

       Sebuah sajak yang menarik yang menggambarkan kehebatan seorang

       gadis yang telah berjaya menambat hati seorang lelaki melalui kata2….

she makes my heart goes around

crazy beyond all bounds

Dalam sajak ini penulis begitu menghargai wanita ini yang bagi dirinya

wanita ini telah bertindak sebagai “imej pantulan bagi sebuah cermin satah”

yang telah memberi cahaya supaya penulis dapat “melihat” dengan jelas.

 

to see her as before

had caught me on the score

for her I will buy the whole store

as she is the one I adore

   Pada bait sajak yang terakhir ini, penulis menyatakan wanita ini telah

menjadi sahabat yang hebat bagi dirinya dan tentunya pada sebuah

persahabatan yang hebat juga yang mana penulis percaya yang wanita

 ini akan bersamanya hingga selamanya dengan sebuah senyuman

 yang indah dan sebuah “cerita” yang hebat.

    Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada penulis kerana berjaya meluahkan perasaan hatinya melalui sebuah sajak yang agak ‘simple’ dan mudah di fahami tetapi penuh puitis, menarik dan ‘hidup’.

 

3

 

 

Penilaian oleh Pearl4love

Penulis Kaito Kid kali ini telah menghasilkan sebuah sajak yang baik, mudah dan mempunyai gaya bahasa yang menarik.

Walaupun ayat-ayat yang digunakan simple tapi isi kandongan sajak ini sampai
kepada para pembaca dengan mudah.

Sajak ini telah dikupas oleh ARN dgn baik dan dianjurkan oleh SPK untuk dijadikan lirik lagu.

Tidak dapat dinafikan bahawa sajak ini telah berjaya memikat hati pembaca.

 

4

Alone Again

Penilaian oleh SsS Networks

 

4

 

 

Penilaian oleh Spk Networks

 Ini merupakan satu puisi moden berbentuk dua baris setiap rangkap. Hanya mengambarkan sebuah perasaan kesunyian menyambut hari lahir. Puisi nya menarik tetapi kekurangan isi kandungan.

 

4

 

 

Penilaian oleh ARN Networks

Alone again adalah sebuah bisikan hati pada diri sendiri, tidak menyatakan maksud dengan jelas.

4

 

 

Penilaian oleh Pearl4love

Alone again sebuah sajak yang unik dari segi penyampaian nya. Ia berjaya
memerangkap para pembaca dengan tertanya-tanya apakah yang penulis sedang alami. Sehingga lah diakhir sajak penulis penyatakan 'Happy Birthday To Me'
 
Penulis telah berjaya membuat para pembaca tertawa dengan sajak beliau. Sajak ini masih ada ruang yang banyak untuk diperbaiki.

 

Judges

SsS Networks SPK Networks ARN Networks pearl4love.com
 

Hit Counter

Close this page