November Contest Result

Poem Title / Tajuk Sajak

Category

Judges Rating  Overall Rating
     SsS  SPK

ARN

P4L

 

 

1  

 Adieu!

English

9 8.5 7.25 9 33.75

2

Keberkatan

Malay

8.75 9.5 7.5 9 34.75

3

 Pelabuhan Kasih

Malay

8 9 7.25 7 31.25
 
 
 
Winner for November 2005 Poem Contest

 

 Open Category
Malay

Poem Title:

  • Keberkatan
  •  
    by

    jsrr_kasih ilahi

     
    Runner-up for November 2005
    Poem Contest

     

     Open Category

    English

    Poem Title:

    Adieu!

    by

    yuu kaito

     

    No

    Poem/Sajak

    Comment:> The comments below should be taken with positive view by the writers of the poem. Writers and readers must understand this website is a training site for those  who are interested in writing  Poem. The Judges too are not 100% perfect. The main point is we learn from each other.

    1

    Adieu!

      Penilaian oleh SsS Networks

    Gaya bahasa yang simple, tersusun dan menarik dengan setiap akhiran ayat.

    Penulis berjaya melakarkan kekecewaannya (mungkin) dengan 

       penuh simbolik Hasil karya yang amat baik sekali

    1

     

    Adieu!

     

      Penilaian oleh Spk Networks

    Tajuk menepati isi kandungan.Gaya bahasa mudah tetapi terdapat sedikit   percanggahan dan kekeliruan dalam menyampaikan isi kandungan.

    Selalunya ucapan selamat tinggal dinyatakan dalam suasana yang sedih dan muram, tetapi dalam sajak ini, penulis kurang memasukkan emosi,
    ini membuatkan rasa kurang penghayatan.

    1

     

    Adieu!

     

      Penilaian oleh ARN Networks

      Sajak  mengandungi motif untuk di sampaikan.

     

    1

     

    Adieu!

     

      Penilaian oleh Pearl4love

     Sebuah sajak dari yuu Kiato yang agak berlainan dari sajak-sajak beliau yang lepas. Isi kandongan sajak sesuai dgn tajuk. Gaya bahasa mudah difahami.
     
    Dari perenggan pertama yang menceritakan seorang anak yg telah 'pergi' dan tidak akan kembali dan ibu/ayah tidak usah mengharapkan kepulangan nya lagi.
    Kemudian pesanan kepada adik beradik  agar menjaga satu sama lain...kepada teman sekerja agar menjaga diri masing masing. Sehingga lah kepada kekasih yang beliau sayangi.
    Pemergian nya telah menghancurkan satu perkahwinan yang diharapkan dengan pesanan agar kekasihnya mencari pengganti bagi dirinya.
    Kepada teman teman dan mereka yang mengenalinya, yang menyukainya atau yang membenci nya. Tidak lupa beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka.
    Sebuah sajak yang menyentuh hati dan mempunyai message yang mengandungi maksud yang mendalam dengan kata kata ..." You all existed for a reason for me"
    As human kita selalu lupa..kehadiran kita didunia ini bersangkut rapat dengan kehadiran orang lain. Tanpa mereka siapalah kita. Menghargai orang orang sekeliling kita selalu kita lupa.

     

    Di akhir sajak sempat penulis mengucapkan terima kasih kepada semua.

    Mungkin pada ketika penulis menulis sajak ini beliau hendak mempaparkan bahawa pemuda yang didalam sajak tersebut telah immune dgn kesedihan dan firm dengan keputusan nya untuk leave everything behind dengan redha.

    Harapan kami agar penulis tidak mengucapkan Adieu! kepada P4L. :)
    Sajak yang baik dan jika dihayati memberi kita satu pengajaran.

    2

    Keberkatan

      Penilaian oleh SsS Networks

    -         Penulis bijak memilih pengakhiran ayat yang sama bunyinya dan smooth. Penulis juga bijak mengaitkan antara satu rangkap ke rangkap yang lain. Syabas diucapkan kepada penulis.

    2

     

    Keberkatan

     

      Penilaian oleh Spk Networks

    Tajuk yang dipilih bertepatan isi kandungan.Gaya bahasa tetap kekalkan identiti penulis. Isi kandungan dapat dihayati dengan kesyahduan memohon keberkataan dari Illahi.
     
    Suasana yang ditimbulkan dari sajak ini melambangkan keheningan,
    kedamaian dan keikhlasan dalam memohon doa dari Nya.
    Terdapat kesinambungan yang licin antara satu rangkap dengan rangkap seterusnya. Keseluruhan puisi ini amat menarik.

    2

     

    Keberkatan

     

      Penilaian oleh ARN Networks

            Penggunaan bahasa agak baik namun boleh di pertingkatan lagi.

     

    2

     

    Keberkatan

     

      Penilaian oleh Pearl4love

     Keberkatan sebuah sajak dari penulis yang tidak asing lagi
    dengan gaya bahasa nya yang tersendiri.

    Topik dan isi kandungan bersesuaian walaupun pada keseluruhan sajak ini mengenai ucapan 'Selamat Hari Lahir' pada orang tersayang.

     

    Kesedihan penulis dapat dirasakan melalui para berikut;

     
    linangan mutiara pasti menitis
    mekar kasih perdu keampuanan
    mekar sayang ku tiada tipis
    selamanya doaku wardah idaman
     
    Biasanya kita menyambut hari lahir orang tersayang bukan dgn linangan air mata, kecuali orang yg disayangi tiada bersama kita ( mungkin berada jauh dari kita) dan kita mengingati hari lahirnya dgn doa. Ini dapat kita rumuskan dgn barisan sajak dibawah ini
     
    senyum manis mu tiada ditatapan...
     
    Jika sajak ini bermula dgn ucapan hari lahir yang penuh keberkatan.

    sepuluh jari daku susunkan
    pohonan kasih penuh kemesraan
    moga dirimu lindungan kerahmatan
    hari lahirmu disirami keberkatan

    Maka sajak ini di akhiri dgn satu kepastian bahawa orang yang
    dikasihinya akan tetap disanubari.

     

    andai tatapmu tiada ku disisi
    renungilah warqahku dari hati
    keranaNya daku terus menanti
    dirimu kasih sentiasa disanubari.
     
    Sajak yang baik dan touches the heart

    3

     Pelabuhan Kasih

      Penilaian oleh SsS Networks

    -         Gaya bahasa dan penyampaian yang biasa sahaja.

    Semacam tiada kaitan antara satu rangkap ke rangkap yang lainnya.

    Agak mengecewakan penyertaan kali ini.

    3

     

     Pelabuhan Kasih

      Penilaian oleh Spk Networks

    Tajuk yang dipilih juga menepati isi kandungan.
    Gaya bahasa menarik dan berseni.
    Isi kandungan pada rangkap pertama dan rangkap akhir agak kurang menepati maksud.

    KASIH YANG MEMPESONA
    BERPUTIK BAGAI SALJI YANG DINGIN
    MEMUTIH BAK BUNGA KEMBOJA
    NAN MEKAR..
    PUTIH, BERSIH DAN SUCI
    TANPA CELA WALAU SETINTA

    kasih yang mempesona, kurang dikatakan berputik dari salji, kerana salji melambangkan kedinginan.

    kasih yang mekar kembang tidak sesuai dilambangkan dengan bunga kemboja, kerana kemboja biasanya melambangkan kematian atau perpisahan.

    PELABUHAN KASIH..walaupun badai dihati melanda. Sering menyayat kalbu sanubari rindu membawa arus bersama sutera kasih yang kian bersemi...

    Walau badai dihati melanda, sering menyayat kalbu, rangkap ini bercanggah dengan rangkap2 lain kerana rangkap2 di atas menunjukkan kemanisan dan keindahan bercinta.

     

    3

     

      Pelabuhan Kasih

      Penilaian oleh ARN Networks

           Sebuah sajak yang menarik juga

     

    3

     

     Pelabuhan Kasih

      Penilaian oleh Pearl4love

    'Pelabuhan kasih' dari penulis yang rajin dan tidak lekas putus asa. Walaupun sajak beliau kali ini 'terapung rapung' yang mana beliau sendiri dapat memahaminya..ia gagal sampai ketahap yang diharapkan.

    Namun terdapat bait-bait yang indah didalam sajak ini seperti;

    MENCORAK KASIH YANG PUTIH.....MENGGAMIT KENANGAN MANIS

    TIADA PUDAR KASIH ITU...WALAU DIMAMAH MENTARI...WALAU DISAMBAR KILAT.

    Dengan ikhlas saya nyatakan ;

    I do not see the real Emily in this poem ' Pelabuhan kasih'. I wish Emily to  write the language of poem from her glowing heart in the next poem.

    Judges

    SsS Networks SPK Networks ARN Networks pearl4love.com
     

    Hit Counter

    Close this page