|
-
Sajak berjudul Kehidupan ini
- ada lah satu tajuk yg menarik yang penulis cuba untuk
menyampaikan kepada para pembaca.
- Penulis
telah memulakan sajak dgn satu pertanyaaan / kenyataan
adakah kehidupan ini berlaku atas semula jadi berdasarkan
kehendak alam. (base on nature).
- Para 2 :
pula penulis cuba menjelaskan bahawa walaupun kehendak alam
terus berlaku namun yg nampak jelas berbeza ada lah usia .
Terdapat sedikit kepincangan di para kedua ini lantaran ada
nya perkataan atau (or) yang mana ia merupakan perbandingan
di antara para 1 dan 2. Padahal (yg
patah kan tumbuh, yg hilang akan berganti) tiada bezanya dgn
(mentari menyinari di timur..dan tenggelam di ufuk barat...).
Kedua2 nya adalah berdasarkan hukum alam bukan
atau (or) sebagai
perbandingan.
- Para 3 :
Sekali lagi penulis memberi contoh berlaku nya kehendak alam
dgn dunia yg terima sahaja tanpa
bantahan apa jua kehendak alam, walaupun pada
permulaan para ketiga tiada begitu jelas apakah yg
dimaksudkan penulis dgn (
kedudukan yg tidak sama ). Hanya penulis sahaja
dapat memberi makna yg jelas terhadap kata2 tersebut.
- Para 4 :
Agak menarik kerana (bumi meluak
merah mengalirkan lava....musibat manusia bercakaran sesama
sendiri.) Terus terang saya mengatakan ia mencuit
hati kecil saya bila membaca perkataan
musibat manusia..gelak
juga saya dibuat nya. Namun satu persoalan yg timbul dari
para ini..adakah ia juga berdasarkan kehendak alam seperti
yg di tekankan oleh penulis?
- Para 5 : Satu
persoalan yang amat nyata apabila penulis menyatakan
(Lautan enggan tunduk).
Apakah lautan enggan tunduk kepada kehendak alam atau enggan
tunduk terhadap musibat perbuatan manusia yg merusakkan
lautan? Tidak lah begitu jelas.
- Para 6 :
Penulis lupa mengambil kira tentang awan, pohon yg
dinyatakan pada para 3 dan 4. Penulis mengakiri sajak nya
dgn menyatakan (akal dan fikiran
menentu segala.....tepuk dada tanya selera)
Jika akal dan
fikiran menentukan segala nya..adakah hukum alam dapat
diubah?. Disini lah kekurangan penulis dalam menyampaikan
isi /matlamat dari sajak beliau. Yang mana para terakhir ini
menyebabkan beliau tidak dapat mempertahankan sajak beliau
yg pada asalnya menbincangkan tentang hukum alam.
Walau
bagaimanapun hanya penulis sahaja yg dapat memahami apa yg
beliau ingin nyatakan yg tersirat didalam hati beliau.
Syabas
diucapkan kepada penulis yg telah berani mencuba dalam
penulis sajak ini untuk dibaca, dipersoalkan dan
diperbincangankan. Tahniah.
Kelemahan
bukan berarti kalah, kemenangan bukan berarti pasti dan
tetap. Hukum alam - yg paling banyak terima kritikan.
mengambilnya dgn pandangan positive dan tidak putus asa akan
cepat berjaya. Teruskan penulisan anda dalam bidang
persajakan.
|