December 2005 Contest Result

Poem Title / Tajuk Sajak

Category

Judges Rating  Overall Rating
     SsS  SPK

ARN

P4L

 

 

1  

 Cinta

Malay

- 6.5 8.5 8 23

2

 Kamar Ungu

Malay

- 8.5 9 9 26.5

3

 Lukanya Sekeping Hati

Malay

- 8.5 8.75 9.5 26.75

4

 My Only One

English

- 8.5 8.65 9 26.2
               
 
 
 
Winner of December 2005 Poem Contest

 

 Open Category
Malay

Poem Title:

  • Lukanya Sekeping Hati
  •  
    by

    eLregina

     
    Runner-up of December 2005
    Poem Contest

     

     Open Category

    Malay

    Poem Title:

    Kamar Ungu

    by

    jsrr_kasih ilahi

     

    No

    Poem/Sajak

     
    Comment:> The comments below should be taken with positive view by the writers of the poem. Writers and readers must understand this website is a training site for those  who are interested in writing  Poem. The Judges too are not 100% perfect. The main point is we learn from each other.

    1

     

    Cinta

     

     

      Penilaian oleh Spk Networks

    Tajuk pilihan dan bahasa yang diguna adalah mudah dan bersesuaian.Isi kandungan tidak banyak. Penyampaian kurang menarik dan agak canggung bila dibaca.
     

    1

     

    Cinta

     

     

      Penilaian oleh ARN Networks

    Persoalan cinta dihati penulis dalam sajak ini jelas menyatakan kekeliruan penulis akan takrifan dan pengalamannya dalam bercinta. Cinta telah membawa kesan positf dan juga negatif pada dirinya.

     Akhirnya penulis sedar untuk terus berpijak di bumi nyata… (tahniah kerana berjaya menempuh semua ini ).

    Sajak dan sejarah hidup setiap insan akan membuktikan kelemahan diri manusia dalam menempuh alam cinta, golakan nafsu mengatasi akal dan mata hati manusia…inilah yang disampaikan oleh penulis dalam bait ke 3 dan ke 4 sajaknya.

    Bait ini boleh di perkayakan lagi dengan ungkapan yang lebih menarik dan mengandungi kiasan yang lebih baik. Peningkatan pada bait2 ini harus di teliti supaya pembaca dapat mengambil iktibar dari sajak ini.

    Pada saya sebuah sajak yang baik haruslah dapat “touch” hati pembaca supaya ada berlaku perubahan sikap dan perilaku.

    Semuga penulis dapat memperkayakan lagi sajaknya yang akan datang supaya sajak itu lebih hidup dan puitis.

     

    1

     

    Cinta

     

     

      Penilaian oleh Pearl4love

    Cinta sebuah sajak yg biasa, mengambarkan kesedaran penulis tentang baik dan buruk nya apabila bercinta serta kehanyutan penulis dalam alam percintaan sehingga beliau tidak dapat mengenal reality dan fantasi. Ini jelas di dalam rangkap yang dinyatakan…

    ” Pesona Cinta buat ku buta” dan “ Hanyut ku dalam lautan cinta…terkapai ku kelemasan.

    Di akhir sajak ini syukur lah penulis cepat sedar akan kelemasan nya dan kembali ke alam nyata.

     

    Sajak ini mempunyai kekuatan isi, tapi tidak terdapat kekuatan penekanan terhadap bahaya cinta yg berdasarkan nafsu sebagai pengajaran. Pembaca mengerti akan buruk baiknya Cinta tapi pasti lupa bila dihanyutkan  oleh lautan cinta yg tidak kenal erti ehsan.

    Sajak ini dapat dihargai oleh mereka yang pernah bercinta dan mengalami pahit manisnya alam percintaan yang pasti dilalui oleh manusia.

    Kesuluruhan sajak kira baik dan masih boleh dipertingkatkan lagi. Syabas kepada penulis.

     

    2

     

    Kamar Ungu

     
     

      Penilaian oleh Spk Networks

    Tajuk yang dipilih bersesuaian. Bahasa yang  digunakan indah berseni. Isi kandungan padat mengandungi pengajaran yang amat berguna. Gaya penyampaian tetap dengan identiti penulis dan menarik.

     

    2

     

    Kamar Ungu

     
     

      Penilaian oleh ARN Networks

           
    Kamar ungu adalah sebuah sajak yang bagus yang mengandungi maksud yang jelas tentang apa ingin di sampaikan. Dalam harapan sebuah kehidupan yang bahagia dan penuh kasih sayang penulis menyatakan kamar ungu semuga menjadi tempat permulaan bagi detik terbentuknya zuriat yang di harapkan dapat mengikuti sunah dah Al-Quran. Di sini pengajarannya adalah pembentukan insane bermula dari awal sebelum kejadiannya yang mana sajak ini telah memberi ingatan kepada pembaca akan hal-hal yang makin di lupakan atau tidak di titik-beratkan.

    Syabas kepada penulis kerana dapat menyampaikan maksud dan pengajaran dengan begitu baik sekali, dan juga dapat mengolah sajak dengan baik dan puitis.

    Namun begitu, bakat penulis boleh di serlahkan lagi seandainya penulis rajin mengasahnya dengan menghayati karya penulis-penulis terkemuka.

     

    2

     

    Kamar Ungu

     
     

      Penilaian oleh Pearl4love

    Kesaksian Kamar Ungu sebuah sajak yang berunsur ugama yang menjadi saksi kepada 2 insan Sajak ini jelas mengambarkan sepasang suami isteri yang menjadikan kamar ungu tempat percintaan yang mengikuti ajaran Alquran dan Sunnah Rasul. Ianya terdapat didalam rangkapan berikut;

    coretan rasa kami abadikan
    penuh rindu cinta pertautan
    moga kasih utuh berkekalan
    di kamar ungu penuh kesaksian

    Di kamar ungu inilah satu acuan yang amat penting bagi melahirkan cahaya mata yg beriman dan zuriat yang diredai oleh Allah swt. Ini jelas dalam rangkapan berikut “

     kamar ungu tarbiyyah acuan
    mujahidah terasuh sebelum kelahiran

    Sebuah sajak yg banyak mengandungi pelajaran. Baik untuk dijadikan tauladan.. Hanya dapat dinilai oleh mereka yang prihatin.

    Sedikit ubah suai dari segi bahasa dapat dimenafaatkan oleh generasi muda dan boleh memberi kesan yang mendalam.

    Penulis semakin hampir kepada penyampain yang akan sampai kepada semua golongan. Syabas kepada penulis.

    3

     

    Lukanya Sekeping hati

     

      Penilaian oleh Spk Networks

    Tajuk mengambarkan isi hati. Bahasa yang digunakan juga indah berseni. Isi kandungan hanya berkisar di sekitar perasaan terluka yang sudah lama terpendam dan hanya diluahkan apabila perpisahan berlaku. Gaya penyampaian menarik dan menekankan kepada kemarahan tentang penghinaan yang pernah diterima.
     

     

    3

     

    Lukanya Sekeping hati

     

      Penilaian oleh ARN Networks

    Di dalam sajak Lukanya sekeping hati ini, penulis telah meluahkan perasaannya yang telah terpendam sekian lama tentang kesedihan dan kekecewaannya yang amat sangat terhadap rakan sepejabat yang berpura-pura melalui bait sajak ini :

    Terguris hatiku tidak mungkin dirawat semula
    Usah berlindung disebalik airmata

    Sajak ini mengandungi itonasi yang selamba tetapi terselit bahasa yang agak kasar….. iaitu hati-hati yang durjana. Mungkin lebih sesuai di sebut hati yang kelam. Bait ini menggambarkan betapa marahnya penulis terhadap apa yang telah dilakukan oleh kawan-kawan terhadapnya.

    Usah bersedih wahai hati-hati yang durjana
    Kupergi kerana kalian semata-mata

    Tetapi di sini uniknya penulis kerana masih mengingati kawan-kawannya, ternyata dalam marah penulis berjaya menunjukkan sifat pemaafnya walau maaf tidak pernah di minta.

    Usah bimbang kalian tetap di hati

    Walau jarak memisahkan kita

    Sajak ini perlu di pertingkatkan lagi dengan susunan ayat yang lebih baik dan harus di muatkan dengan bahasa sajak dan tidak terlalu straight forward. Penulis boleh memperindahkan sajaknya dengan menambahkan perbendaharaan kata supaya tidak berlaku pengulangan perkataan.

     

     

    3

     

    Lukanya Sekeping hati  

      Penilaian oleh Pearl4love

    Lukanya sekeping hati – sajak yang jelas dan direct forward. Bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan dan isi kandungan yang mantap dan dapat sampai kepada pembaca.

     Sajak ini mengambarkan bagaimana penulis mempertahankan maruah nya dari dihina oleh teman2 sepejabatnya. Ini terdapat didalam rangkapan;

    Kalian yang memijak maruahku sebagai insan
    Haruskan aku pejamkan mata, berhati rawan?

    Penderitan yang dirasai oleh penulis adalah satu lumrah dalam pejabat yang dihadapi oleh kebanyakan orang. Bezanya Penulis berani dan tegas tidak rela maruahnya dijajah, dihina.

     Walaupun penulis terguris hatinya akibat perbuatan teman2 sepejabat, namun terserlah kemulian yang terdapat didalam hati beliau. Dalam rangkapan ini  kita dapati sifat penulis terhadap teman2 nya;

    Usah bimbang kalian tetap di hati
    Walau jarak memisahkan kita
    Kalian tetap aku hubungi, aku kunjungi
    Di alam realiti mahupun di alam maya
     
    Diakhir sajak ini penulis memberi satu pengajaran kepada teman2 beliau dgn kata-kata;
    * buat teman-teman sepejabat yang disayangi,
    ini adalah yang terakhir untukmu,
    dariku yang kalian hina selama ini *

     Sajak ini dapat difahami dgn mudah oleh semua golongan remaja dan dewasa. Malahan harga diri amat penting bagi setiap insan. Semoga keberanian penulis menjadi contoh tauladan kepada generasi muda yang baru bekerja dan juga yang sudah lama bekerja.

    Sesungguh nya rezeki itu dari Allah swt. Maka usahlah kita bimbang untuk mempertahankan harga diri kita.

    Syabas kepada penulis yang telah berjaya menyampaikan message kepada semua pembaca dgn gaya bahasa yg mudah dan isi kandungan yang mantap tentang harga diri dan keputusan yang tegas. Semoga ia menjadi tauladan kepada pembaca..

     

    4

     

    My Only One

     

     

       Penilaian oleh Spk Networks

    Tajuk sajak adalah sesuai. Bahasa yang digunakan mudah dan menarik. Isi kandungan walaupun agak mengelirukan tetapi menarik. Gaya bahasa yang tersendiri dan mudah dapat menarik perhatian pembaca.
     

    4

    My Only One  

       Penilaian oleh ARN Networks

    Kali ini Yuu Kaito telah menulis sajak yang agak simple dan direct berbanding dengan sajak-sajaknya yang lalu “My Only One” adalah sajak yang menarik menceritakan kasih sayang dan hubungan saudara…tentang satu-satunya saudaranya.

    Sajak yang diselit dengan sedikit kelucuan, mampu membuat hati pembaca tenang dan damai.

    Kebanyakkan sajak begitu berat sewaktu di hayati, namun ini keunikan Yuu Kaito…..mampu bagi pembaca “cool”….tahniah kaito.

    Namun….bahasa sajak ini agak lemah berbanding sajak sebelumnya. Semuga kaito dapat memerhatikan hal ini.

    4

    My Only One  

      Penilaian oleh Pearl4love

    My Only One – Dari penulis yuu kaito yang selalu nya lain dari yang lain. Bahasa yang digunakan simple tapi mantap dan diselitkan dgn kelucuan juga .

    Sajak My Only One berkisar kepada  my only one yang telah berjaya memikat hati penulis.

    Syukur Alhamdulillah di dalam waktu seperti itu penulis masih ingat pada parent beliau. Ini jelas dalam rangkap berikut ( yang membuat saya tertawa membacanya);

    You’re dearer to me than any other
    (Okay, maybe after father and mother)
    I know I am too, dearest to you
    As you always let me go first into the loo

     Satu pertanyaan pasti timbul dihati pembaca bila membaca rangkapan berikut.

    I’ll love you most even after our first kiss
    And when WE walk next to our suitor
    I’ll still love you as my ONLY brother

     Bait diatas jelas menunjukkan keintipan hubungan antara penulis dgn my only one dgn adanya perkataan ‘our first kiss’

    Sekali baca kita akan bayangkan kiss diantara 2 kekasih yg sedang bercinta. Tapi ia boleh juga jadi kiss on the cheek or forehead of each other.

    Sebab diakhir sajak ini jelas menunjukkan bila mereka berdua bertemu dgn wanita/lelaki yang ‘ memikat’ . The writer still loves my only one as MY ONLY BROTHER. 

    Walau bagaimana pun hanya penulis yang sendiri yang tahu the real story abt ‘our first kiss’

     Sebuah sajak yang mind bogging. Mudah difahami, Jelas isi kandungan nya. Dan diselitkan pula dgn sedikit kelucuan.

     Well done

    Judges

    SsS Networks SPK Networks ARN Networks Pearl Networks
     

    Hit Counter

    Close this page