Penilaian oleh SsS Networks
- Sajak
yang baik
- Penulis
begitu creative dan bijak mengolah di dalam
bentuk paduan huruf-huruf awal
- Penulis
juga berjaya mengaitkan setiap para dengan
paduan itu dan menampakkan sajak ini begitu
‘flow’ sekali
- Kepujian
harus diberi kepada penulis di atas sumbangan
dan usaha dalam menghasilkan sajak yang begitu
baik dan bermutu
Penilaian oleh SpkNetworks
No Rating and comments
from Spk for this poem.
So we have seek a third party to rate this
poem.
Penilaian oleh
Arief Nazmie Networks
Sajak yg
agak menarik, tetapi tajuk tidak mempunyai
hubungan yg tepat dgn sajak.
Penilaian oleh
Pearl4love
10 Ogos
2004 - Sajak yang mempunyai gaya tersendiri.
Penulis berjaya membuat ayat ayat yang unik
dengan permulaan huruf. Bahasa yang indah dan
tinggi, mengandungi mesej yang jelas.
Tidak mudah
difahami tanpa penghayatan dan kekayaan bahasa.
Kita perhatikan kata kata yang penulis sampaikan
di awal sajak;
S
epaan kasih ikatan
jiwa
E
pilod kasih tanduan
ilmu
P
usaka indah khazanah
generasi
U
ntaian muhabbah
hablun insani
L
ambang kasih utuh
keranaNya
U
mbuk kasih tahwilan
teras
H
anya penyatuan cita
harapan
|
|
Dapat
difahamkan penulis mengupaskan ikatan kasih
bersandarkan ilmu yang menjadi khazanah generasi
yang menghubungkan antara insan yang bersandarkan
Iman kepada Tuhan. Dengan ada nya fitrah semula
jadi manusia
yang memujuk / menagih kasih yang berterusan, hanya
penyatuan cita menjadi harapan.
Sajak ini
amat unik dari segi penyampaian nya. Bermula
dari kasih yang menjadi ikatan jiwa kepada ilmu
dan iman kemudian di nyatakan pula nilai cinta
sejati yang diinginkan ialah syurga. '
Syurga
dambaan cinta sejati '
Diikuti
pula dengan kata kata ;
'Ombak
kasih lautan sayang.
Optimis
kasih satu hati nian,
'Ilmu
muhabbah paksi tautan.
'Usrah qonaah
noktah harapan'
Penekanan
tentang kasih yang berkait rapat dgn ilmu dan
kesederhanaan membawa satu titik harapan jelas
dinyatakan dalam ayat ayat diatas, walaupun
kasih itu berombak namun sayang itu lautan nya
jika sifat sifat yang dinyatakan dapat diamalkan
Disampaikan pula kepada pembaca diakhir sajak
ini bahawa;
E
mpangan kasih
tadahan mampan
M
ahligai impian megah
tersimpan
P
utera kasih puteri
manis sayang
A
isyah dan rasul
paksi muhabbah
taa'llum
T
autan kasih tegar
utuh takkan padam
|
|
Kekuatan kasih yang kukuh, bersandarkan
kepada sifat sifat dan unsur unsur yang
diterangkan sebelumnya, maka akan tercapailah
mahligai impian yang megah tersimpan.
Dihidangkan pula kepada pembaca bahawa Siti
Aisyah dan Rasulullah s.a.w adalah contoh kasih
sayang yang berlandaskan ilmu atau cinta
dan kasih sayang Siti Aisyah dan Rasullullah
s.a.w yang boleh diambil sebagai pelajaran.
Dengan
ini maka akan utuh lah kasih sayang itu dan
ianya tidak akan padam atau tercicir separuh
jalan.
Jelasnya
penulis berjaya menyampaikan satu mesej mengenai
kekuatan cinta / kasih sayang yang
bersandarkan ikatan ilmu dan kekuatan iman.
* Kami mengalu ngalukan
penulisan sajak yang mempunyai kekuatan gaya
bahasa yang tinggi dan kaya nilai sasteranya
kerana Bahasa Melayu itu sendiri memang kaya
dengan keunikan sasteranya.