September 2006 Contest Result

Poem Title / Tajuk Sajak

Category

Judges Rating  Overall Rating
     SsS  SPK

ARN

P4L

 

 

1  

     Kuntuman Mawar Kuning

Malay

9 - 8.75 9 26.75

2

     Hadirlah

Malay

8 - 9 9.5 26.5
               
 
 
 
Winner September '06
 Poem Contest
 
 Open Category
Malay
 
Poem Title:
 
Kuntuman Mawar Kuning
by

yuu kaito

 
Runner-up September '06
Poem Contest
 
 Open Category

Malay

Poem Title:

Hadirlah

by

eLregina

 

 

No

Poem/Sajak

 
The comments below should be taken with positive view by the writers of the poem. Writers and readers must understand this website is a training site for those  who are interested in writing  Poem. The Judges too are not 100% perfect. The main point is we learn from each other.

1

 

 Kuntuman Mawar Kuning

 

 
Penilaian oleh SsS Networks

Tajuk: Sesuai 

Bahasa: Bahasa baik 

Isi Kandungan: Sajak yang mengambarkan kesedaran hati penulis di waktu-waktu terakhir pertemuan beliau dengan seorang yang amat beliau kasihi.

Penyampain: Baik

Sajak ini berjaya menarik perhatian saya tatkala membacanya bagi kali pertama.  Susunan ayat yang teratur dan tidak meleret-leret  menjadikannya mudah difahami.  Menariknya mengenai sajak ini adalah di akhiran sajak penulis telah meninggalkan satu persoalan.  Kalau boleh dikatakan di sini, penulis membuat kita semua tertanya-tanya apakah maksudnya apabila penulis cuba bermain dengan warna-warna.  Jujur saya katakan, seketika saya terlupa apakah makna bagi setiap mawar itu.  Penulis telah berjaya membuat saya membuat sedikit penyelidikan mengenai makna warna mawar.  

Nah!! Akhirnya terbukti sajak ini mempunyai makna yang amat mendalam dan sedikit kekecewaan.  Mawar merah yang hendak dihulur diganti dengan mawar kuning.  Memberi makna, cinta yang ingin ditabur tetapi disambut hanya dengan persahabatan.

Syabas kepada ‘yuu kaito’ dengan sajak yang begitu puitis dan indah sekali.

 

       

1

 

  Kuntuman Mawar Kuning

 

 

Penilaian oleh ARN Networks

Tajuk: Sesuai dengan isi kandungan.

Bahasa: Bahasa yang baik 

Isi Kandungan: Sajak gambaran peristiwa lalu tentang pertemuan dan kenyataan yang harus di terima.

Penyampain: Baik

Sajak Kuntuman mawar kuning adalah se buah sajak imbasan pertemuan penulis dengan seorang yang mana penulis telah menaruh hati di atas kebijaksanaan dan kelembutan peribadi beliau.  

Namun cinta yang tidak  kesampaian ini meyedarkan penulis yang dia hanya kuntuman mawar kuning.

1

 

   Kuntuman Mawar Kuning

 

 

Penilaian oleh Pearl Networks

Tajuk: Tajuk sajak bersesuaian dgn isi kandungan. 

Bahasa: Bahasa baik 

Isi Kandungan: Isi kandungan yang baik mengenai cinta, kesedaran bagaimana yg di harapkan tidak dapat di penuhi.

Penyampain: Baik dan teratur

yuu Kaito memang terkenal dgn sajak sajak beliau, yg mempunyai / mengandungi bahasa-bahasa yang indah dan menarik disamping memberi pelajaran kepada pembaca.

Kuntuman Mawar Kuning sebuah sajak yang baik, bahasa yang  mudah di fahami serta kata-kata yang menarik.

Dari mula bertemu dengan orang yg penulis kagumi...kemudian timbul benih-benih cinta dan ia berakhir dgn satu kejadian yang tak di sangka...Harapan penulis tidak kesampaian.

Ciri ciri penulis mulai menaruh hati di pertemuan pertama dgn jelas diterangkan dalam sajak tersebut seperti dibawah ini;

Wajahnya selembut sutera
Berbudi pekerti
petah berbicara 
kewibawaan dirimu;
Kemuliaan akhlakmu;
Ketinggian intelekmu.

Siapakah yang tidak akan jatuh hati bertemu dgn orang yang penulis gambarkan?

Bermula sebagai kawan akhir nya penulis jatuh hati kepada orang yang beliau kagumi itu.

Hari demi hari berlalu,
Benih yang tersemai di lubuk hati
Bercambah menjadi sepohon cinta suci,
Persahabatan kuletak di tepi.

Sedih sekali harapan penulis di waktu waktu terakhir pertemuan beliau dgn org yang beliau cintai bertukar menjadi suatu cinta yang tidak mendapat sambutan.

Kuntuman mawar merah di tangan tak sempat kuhulur
Dikau pun menghulurkan "Terima kasih," ucapan diberi.
Barulah kusedar keadaan asal
Aku sekadar kuntuman mawar kuning.

Satu peristiwa yang amat menyayat hati dan sedarlah penulis bahawa beliau hanyalah Sekuntum Mawar Kuning di mata dan hati org yang beliau cintai.

Sajak ini mempunyai kesan yang mendalam kepada  mereka yang pernah merasai bagaimana hancur nya harapan apabila cinta kita tidak diterima.

Sebuah sajak yang baik. Syabas kepada penulis

2

 

  Hadirlah

   Penilaian oleh SsS Networks

Sajak ini tidak kurang hebatnya dengan permulaan rangkap yang begitu menarik perhatian saya:

 “ hidup ini bukanlah panjang

  hanya di antara azan dan iqamat”

Secara keseluruhan sajak ini menggambarkan harapan penulis tentang ‘zuriat’.  Garapan yang simple dan menarik.  Syabas diucapkan.    

Akhir kalam, teruskan dengan karya anda.

2

 

  Hadirlah

 
 

  Penilaian oleh ARN Networks

Tajuk: Sesuai dengan isi kandungan.

Bahasa: Gaya bahasa yang mudah dan ringkas

Isi Kandungan: Sajak menyatakan indahnya rasa cinta namun mengingatkan bahawa tidak semua cinta akan berakhir dengan bahagia.

Penyampain: Baik

Hadirlah sebuah sajak yang menggambarkan harapan sekeping hati akan kedatangan teman sejati sebagai pasangan cinta suci melalui gerbang perkahwinan berijab-saksi. 

Penulis berharap akan kehadiran cahaya mata yang bakal menghiasi hidup di masa datang. Sajak ini dapat disampaikan dengan jelas maksud dengan susunan ayat yang sempurna. Tahniah

2

  Hadirlah

    Penilaian oleh Pearl Networks

Tajuk: Sesuai 

Bahasa: Baik 

Penyampain: Baik dan mudah di fahami

eLregina memang tidak asing lagi pada pearl4love. Kebanyakan sajak-sajak beliau mempunyai nilai-nilai yang istimewa. 

Hadirlah..ada lah satu lagi sajak dari eL yang mengandungi harapan penulis sebagai seorang manusia. Kita juga sama seperti penulis..kita juga punya perasaan dan harapan.

Sajak di mulai dengan satu fakta yang mengandungi pelajaran dan peringatan kepada kita  dengan kata-kata berikut;

Hidup ini bukanlah panjang
Hanya di antara azan dan iqamat
Namun ia masih kosong dan hambar
Andai iman dan amal tidak diganda

Satu perkara yg tiada siapa boleh menafikan...1000 tahun kita hidup  hanya 1 hari dalam perhitungan Allah swt. Seandai nya hidup ini tidak disertai dengan iman, amal, kebaikan hati..ia tiada guna pada diri kita, masyarakat dan dunia.

Penulis menekan kan lagi kenyataan penting nya diri mempunyai Iman walaupun ianya umpama lautan..ada pasang surutnya..dan amal. Memang nyata sekali Rahmat Illahi memang Maha Luas;

Iman, pasang surutnya umpama lautan
Amal, tidak berganjak jika tidak diusahakan
Keduanya akan ku genggam ku himpun kemas
Demi mengemis rahmat Ilahi yang maha luas.

Kebenaran dari isi hati penulis yang sesuai dgn fitrah kemanusian;

Bohong andai kulafazkan
Nurani ini tidak tersentuh
Tatkala melirik mata nun di kejauhan
Merenung si cilik riang bersahutan

Harapan penulis yang amat sesuai bagi setiap individu yang pasti inginkan zuriat baik lelaki atau wanita di saat menjalani hidup ini;

Jauh di sudut hati yang paling dalam
Ingin sekali memiliki zuriat sendiri
Lahir dari paduan kasih yang diredhai

Tapi dengan jelas penulis menyatakan zuriat yang akan lahir nanti dari panduan kasih yg diredai tidak mungkin terjadi tanpa nikah yang sah disisi agama;

Mana mungkin nyata tanpa ijab bersaksi

Pesoalan yang bermain di hati dan fikiran penulis mengenai harapan beliau...apakah ia hanya sebuah mimpi? angan angan yang mungkin tidak akan tiba dan umur makin lanjut usia? 

Apakah ini semua sekadar anganan?
Apakah masih ada harapan untuk anganan itu?
Entahkan kapan menjadi kenyataan
Andai Rabbul Izzati belum restu

Harapan demi harapan penulis mengharapkan agar ada sebuah hati yang suci dapat Hadir didalam hidup beliau sebelum beliau di panggil oleh Allah swt ya

Sebelum tertutupnya mata ini
Sebelum jasad dimamah bumi
Hadirlah kiranya sebuah hati yang suci
Ikhlas semurni embunan di pagi hari.

Hadirlah adalah sajak yang amat baik, mempunyai nilai kenyataan hidup, cita-cita dan harapan setiap manusia. Dan ia disampaikan dgn gaya bahasa yang amat mudah sekali, senang difahami oleh setiap lapisan masyarakat.

Secara peribadi saya amat tertarik membaca kedua-dua sajak yang ditulis oleh kedua penulis sajak-sajak ini. Both sajak are good. Susah nak bagi markah.

The only point yang membuat sajak Hadirlah mendapat markah lebih dari penilain saya..ia adalah satu sajak yg bersesuain dengan harapan setiap manusia yg inginkan Cinta dan Agama tanpa Dosa dan Mendapat Rahmat Allah swt dan Zuriat yang baik yang di redai Allah swt. Harapan bagi setiap manusia yang beriman.

Judges

SsS Networks SPK Networks ARN Networks Pearl Networks
 

Hit Counter

Close this page