October 2006 Contest Result

Poem Title / Tajuk Sajak

Category

Judges Rating  Overall Rating
     SsS  SPK

ARN

P4L

 

 

1  

    Secerah Kasib Ibu

Malay

9 - 9.25 9 27.25

2

     Menanti Mu

Malay

8.5 - 9 8.5 26
               
 
 
 
Winner October '06
 Poem Contest
 
 Open Category
Malay
 
Poem Title:
 
Secerah Kasih Ibu
by

AidaAziz

 
Runner-up October '06
Poem Contest
 
 Open Category

Malay

Poem Title:

Menanti Mu

by

seven

 

 

No

Poem/Sajak

 
The comments below should be taken with positive view by the writers of the poem. Writers and readers must understand this website is a training site for those  who are interested in writing  Poem. The Judges too are not 100% perfect. The main point is we learn from each other.

1

 

Secerah Kasih Ibu

 

 
Penilaian oleh Arn Networks

Tajuk: Sesuai 

Bahasa: Bahasa yang baik  dan banyak mengandungi perbendaharaan kata.

Isi Kandungan: Sajak menggambarkan konflik jiwa penulis akan erti kasih sayang, pengorbanan atau pun pengajaran daripada peristiwa semasa yang harus di ambil sebagai panduan.

Penyampain: Baik

Secerah kasih ibu sebuah puisi yang indah menggambarkan kasih sayang di antara ibu dan anak di mana penulis memulakan sajak ini dengan satu bentuk persoalan yang tidak di jelaskan apakah peristiwa yang telah berkurun berlalu itu. Cerita ini menjadi tandatanya, apakah sebenarnya yang telah di lalui oleh penulis dan ibunya

Perenggan ketiga agak samar maksudnya, tidak difahami dengan jelas. Mungkin akaitan dengan apa yg di katakan pada perenggan pertama sajak ini. Namun yang pastinya ada perkara yang menyentuh hati telah berlaku setelah penulis mendapat kasih lain sebagai pasangannya sebagaimana beliau mengatakan ;

Melengkapi fasa kehidupan manusia dalam janjiNya,
 bahawa setiap satu ada dua

Namun kehidupan yang dilalui penulis ternyata tidaklah seindah yang di sangka kerana penulis telah menyatakan pada bait-bait akhir sajaknya semua itu tidak setanding kasih ibu yang tidak pernah meminta di balas segala pengorbanannya. Kasih ibu adalah kasih yang suci.

Ternyata !!
Tidak mudah aku raih kasih setulus & sesuci dirimu.
Kau memberi , tak pula kau pinta dibalas!

Di bait akhir sajak ini jelas menyatakan kehidupan penulis begitu tertekan dan dia ingin menjadi seperti ibunya ; senyum dalam derita, ketawa dalam tangisan dan peri-perit dan derita yang ibu tanggunglah sebagai teladan untuk penulis lakonkan demi anak-anak yang di sayangi. Penulis di akhir ayat menyatakan ”dengan cinta kita sanggup berkorban apa saja”.

 Satu perkara yang saya terlintas bila mengulas sajak ini adalah ”hidup seperti lilin” membakar diri demi menerangi orang yang di sayangi. Cuma secara personal saya ingin penulis fikirkan ada masanya kita perlu menjadi pohon bakau.... kalau kita sentiasa menjadi lilin, kita akan cair dan satu masa kita tidak akan lagi dapat menerangi kegelapan orang yang kita sayang itu. So... kita kene survive as pohon bakau di darat atau di air....dan kita kene jadikan orang yang kita sayang juga seperti pohon bakau, agar dia boleh survive setelah ketiadaan kita.

Di zaman sekarang, semua orang mengejar kejayaan….. dan kejayaan itu adalah hak semua orang. Kejayaan itu ibarat orang yang sedang tidur nyenyak dalam sebuah rumah yang berkunci. Kalau kita setakat ketuk pintu tu dua tiga kali memang dia tak akan terjaga…. so kene ’bijakkan’ diri kita dan semua orang yang kita sayang tu bagaimana nak capai kejayaan….. as lilin kita hanya jadi orang yang berserah….tidak yang berusaha….. sebagai pohon bakau…kita ada sikap kendiri dan inisiatif….. so… kenapa tak ketuk pintu tu kuat2, buat panggilan telefon kat orang yang tidur tu atau ”hon” kuat depan rumah dia dan macam-macam lagi.

Saya berani katakan kita takkan bahagia kalau  sentiasa menjadi lilin.... walau kadang kita merasa puas hati, namun kebahagiaan yang sejati tidak akan di rasai. Jelas bukan pada awal sajak ini mengatakan si ibu penulis masih berduka walau pun dia telah menjadi lilin?.

SEMUGA SAJAK INI DAPAT DI FIKIRKAN SECARA MENDALAM OLEH SEMUA PEMBACA.... buat penulis, ambillah contoh pohon bakau...semuga kita semua akan berjaya.

       

1

 

Secerah Kasih Ibu

 

 

Penilaian oleh SsS Networks

Tajuk: Sesuai dengan sajak

Bahasa: Penggunaan bahasa yang mudah difahami, cuma susunan di dalam setiap rangkap sajak membuat penulis berjaya membawa 'keunikan' dalam setiap patah perkataannya.

        Isi Kandungan:  

Boleh dikatakan secara keseluruhan penyampaian sajak ini adalah unik, menyentuh hati dan membuat kita berfikir akan pengorbanan seorang ibu. Pengolahan yang baik dari awalan sehingga akhir sajak.

1

 

Secerah Kasih Ibu

 

 

Penilaian oleh Pearl Networks

Tajuk: Sesuai 

Bahasa: Bahasa baik 

Penyampain: Baik dan teratur.

Sajak ini telah dikupas oleh ARN dengan begitu baik sekali. Ternyata sajak ini telah menyentuh hati para pembaca. Siapakah yang dapat menafikan kasih seorang ibu. Bait2 yang ditulis adalah baik. Contoh yang dapat kita perhatikan ada lah seperti berikut;

 Dia mencipta dengan zat yang Maha Agung
Hati terusik bila merenung
Ilham dari gunung
Bahawa setiap kelahiran ibarat bertarung
Bonda bermurung ,
Helang gah tak terkurung.

Sajak ini mempunyai banyak tanda tanya, walaupun ia jelas namun ia tetap mempunyai makna nya yang tersendiri.

Seorang anak mengharapkan agar ibunya tidak bermurung berterusan, 

Apa gerangan kau berlara wahai bonda?

Seorang anak yang mengharapkan agar diri beliau dapat setabah ibu nya.

berulang kali !!!Kuharap diri ini setabah dirimu

 Seorang anak yang akur dan tahu akan keistemewaan ibu sayang seorang ibu. 

Tidak mudah aku raih kasih setulus & sesuci dirimu.
Kau memberi , tak pula kau pinta dibalas!

Sianak ini lah yang secara fitrah telah mencari kasih lain..

Mak, sejenak aku keluar dari kepompong kasihmu,
mencari kasih lain........

Beliau begitu yakin..setiap satu ada dua nya. Beliau tidak putus mencari cinta dan akhir nya beliau sedari bahawa cinta yang beliau perolehi atau akan diperolihi tidak dapat di tandingi dengan kasih setulus dan sesuci kasih ibu. 

Penulis yg beridentiti sebagai Aida telah berjaya menyentuh hati kecil setiap insan yang mengenali seorang ibu.

Siapakah gadis ku yang penulis gambarkan di pertengahan sajak beliau di dalam bait2 berikut.

Siapa di antara kita bisa menyelami
Gadis ku dalam koma……..
Rahsia hati dayang yang bukan dari istana
Bukan juga dari mahligai kaca

Syabas kepada penulis.

2

 

 Menanti Mu

   Penilaian oleh Arn Networks

Tajuk: Baik 

Bahasa: Baik

Penyampain: Baik 

Menanti mu adalah sajak yang di tujukan kepada seseorang yang telah mencuri hati penulis, namun ternyata oleh faktor jarak dan masa semua itu menjadi suatu kenangan sahaja kerana rindu yang di rasa telah semakin pudar. Sajak ini di olah dengan cukup mudah untuk di  hayati ,di akhir sajak ini menyatakan penulis akan sentiasa menanti walau beliau sendiri tidak yakin akan menjadi nyata.

 

2

 

 Menanti Mu

 
 

  Penilaian oleh SsS Networks

Tajuk: Bersesuaian dengan sajak

Bahasa: Bahasa yang simple dan mudah difahami

Isi Kandungan: Sesuai

Penyampain: Baik 

Dicipta dengan rangkap-rangkap yang begitu ringkas tetapi mempunyai maksud dan tidak lari dari makna nya.

Secara keseluruhan, penyampaian sajak ini bersederhana sahaja. Penulis menggambarkan penantiannya selama ini ke atas sesaorang berakhir begitu sahaja dan semuanya tinggal kenangan. Namun penulis menggambarkan penantiannya tiada akhiran kerana penulis akan terus menanti dan menanti seseorang itu.

Terima kasih dan ayabas di ucapkan kepada ,seven> atas sumbangan karya anda.

2

 Menanti Mu

    Penilaian oleh Pearl Networks

Tajuk: Sesuai 

Bahasa: Baik 

Penyampain: Baik

Sajak ini simple, mudah difahami oleh semua golongan masyarakat. Penulis menggunakan Direct approach dalam penyampaian beliau. Sajak ini masih boleh dipertingkatkan gaya penyampainnya.

Judges

SsS Networks SPK Networks ARN Networks Pearl Networks
 

Hit Counter

Close this page