Tajuk:
bersesuaian
Sajak/Bahasa/Penyampaian: Wow, wow, wow… ikhlas saya
katakan saya memerlukan pembacaan yang berulang kali
untuk memahami isi kandung sajak ini.
Bahasa yang
digunakan adalah mudah difahami. Garapan yang bagus.
Seolah penulis bercerita dari awalnya sehingga ke
akhiran. Setiap rangkap adalah berkaitan antara satu
sama lain.
Di awal
rangkap pertama dan kedua penulis memulakan rangkap
itu sebagai ‘intro’ mengenai kekasihnya. Kemuncak
keluh resah sang kekasih dihuraikan dalam rangkap
ketiga dan keempat. Di mana penulis membayangkan
saat-saat bahagia disatukan dengan ‘kekasih’ hatinya
dengan menanti penuh harapan.
Dan di
penghujung rangkap penulis seolah-olah ‘longgar’ dan
semacam ‘hilang kepercayaan’ tetapi masih berjaya
memutuskan bahawa hanya ‘kekasihnya’ sahaja yang
berjaya ditawan.
Syabas diucapkan.