March 2006 Contest Result

Poem Title / Tajuk Sajak

Category

Judges Rating  Overall Rating
     SsS  SPK

ARN

P4L

 

 

1  

     My Angel

English

8.5 9 9 8.5 35

2

     Pudar Sudah Rindu Ini

Malay

8.75 8.75 9.25 9 35.75

3

    Masa, Dirimu, Pendirianku

Malay

9 8.5 8.75 9.25 35.5
4     Kerna Cinta

Malay

9.25 9 9.5 9.8 37.55
 
 
 
Winner March 2006 Poem Contest

 

 Open Category
Malay

Poem Title:

  • Kerna Cinta
  •  
    by

    Msc

     
    Runner-up March 2006
    Poem Contest

     

     Open Category

    Malay

    Poem Title:

    Pudar Sudah Rindu Ini

    by

    eLregina

     

    No

    Poem/Sajak

     
    Comment:> The comments below should be taken with positive view by the writers of the poem. Writers and readers must understand this website is a training site for those  who are interested in writing  Poem. The Judges too are not 100% perfect. The main point is we learn from each other.

    1

        My Angel

       Penilaian oleh SsS Networks

    1

     

     My Angel

     

     

      Penilaian oleh Spk Networks

    Tajuk: Sesuai

    Bahasa: bahasa mudah difahami dan indah berseni. Gaya bahasa yang tersendiri.

    Isi Kandungan:  isi agak kurang tapi tetap bersesuaian dengan tajuk. Sajak menceritakan seorang gadis yang dipuja.

    Penyampaian:

    1

     

    My Angel

     

     

      Penilaian oleh ARN Networks

    Tajuk: Sesuai  dengan isi Kandungan

     

    Bahasa: Mudah difahami dengan bahasa yang bersahaja
     
    Isi Kandungan: Sajak yang dapat menggambarkan persoalan hati terhadap “angel” nya yang telah membawa seribu erti dalam hidup penulis.

     

    Penyampaian: Baik

     

    Dalam sajak yang agak bersahaja dengan nada yang perlahan ini menggambarkan luahan hati penulis terhadap seseorang yang telah membawa kesan mendalam dalam kehidupannya.

    Penggunaan bahasa yang menarik, lebih bercorak persoalan dan jawapan. Sajak ini agak lain dari biasa dan lebih berkisar kepada persoalan hati.
     

    1

    My Angel

     

      Penilaian oleh Pearl Networks

    Tajuk: Sesuai

     

    Bahasa: Bahasa yang simple dan menarik

     

    Isi Kandungan: Sajak yang menceritakan tentang “My Angel” yang begitu special yang ditemui oleh penulis.

     

    Penyampaian: Baik

    Sajak  My Angel  ini menggambarkan bagaimana penulis menilai My Angel yang telah membawa sinar harapan didalam hidup beliau.

    Setelah penulis tertanya tanya pada diri nya sendiri dengan meluahkan perasaan hatinya tentang keistemewaan My Angel. Di akhir sajak,  penulis telah dapat mengenal pasti bahawa orang yang telah memberi kebahagian, harapan dan perubahan dalam dirinya adalah My Angel.

    Kekuatan isi sajak ini terdapat di kenyataan berikut;

    assemble up my strength,
    strengthen up my will.

    And it is you;
    my angel?
    a gift for me;
    the gift by god,

     

    to be the guardian
    of my heart.
            Yes, it is you;


    Sususan gaya bahasa yang mudah dan teratur. Sajak ini masih boleh dipertingkatkan lagi agar menjadi sebuah sajak yang mendapat tempat dihati pembaca.

    Syabas kepada penulis.

     

           

    2

     

      Pudar Sudah Rindu Ini

       Penilaian oleh SsS Networks

    2

     

       Pudar Sudah Rindu Ini

     
     

      Penilaian oleh Spk Networks

    Tajuk: Sesuai

    Bahasa: bahasa mudah difahami tetapi seni agak kurang dan kaku.

    Isi Kandungan: menarik dan bersesuaian dengan tajuk. Menunjukkan kepasrahan penulis.

    Penyampaian:

     

    2

     

      Pudar Sudah Rindu Ini

     
     

      Penilaian oleh ARN Networks

    Tajuk: Sesuai dengan Isi Kandungan

    Bahasa: Gaya bahasa yang mudah dan boleh difahami dan juga mengandungi komponen sastera yang boleh dipertingkatkan

    Isi Kandungan:  Sajak ini mengandungi kekuatan jiwa penulis yang tergambar melalui bait ayat yang disusun dengan baik

    Penyampaian: Baik

    Dalam sajak pudar sudah rindu ini, el-regina telah berjaya mengumpul kekuatan dalam diri untuk belajar menerima kenyataan hidup. Tahniah, dan beginilah sepatutnya, walau apa sahaja dugaan yang melanda kekuatan dalam diri amat penting.


    Pergilah kasih ku redha kau tiada
    Kiranya benar kau milikku, kau pasti kembali
    Doaku agar Allah merahmatimu sentiasa
    Menempuh hidup bersama dia yang kau kasih

    Dalam bait di atas menggambarkan pasrah hati penulis terhadap suratan takdir, pengajaran disini, kita perlu redha dan menerima segalanya dengan berlapang dada dan fikiran terbuka. Mungkin satu perkara yang perlu kita ingat sebagaimana P4L selalu ingatkan saya… “perkara baik hanya datang kepada yang baik sahaja”, jadi kenalah kita semua mengambil ikhtibar dan berusaha kearah kebaikan.

       

    2

       Pudar Sudah Rindu Ini

        Penilaian oleh Pearl Networks
    Tajuk: Sesuai

     

    Bahasa: Bahasa yang mudah

     

    Isi Kandungan: Rindu yang telah pudar, Ketentuan Takdir dan Doa

     

    Penyampaian: Baik

    Jika sajak 'My Angel' menggambarkan kegembiraan penulis yg telah menemui 'Angel' beliau. Sajak Pudar Sudah Rindu Ini pula menceritakan tentang kehilangan seorang 'kekasih' yg penulis sayangi.

    Dengan gaya bahasa yang mudah dan menarik penulis berjaya meluahkan kesedihan, harapan, ketentuan takdir dan disertai dengan doa agar 'kekasih' nya gembira disampai si dia.

    Kekuatan isi sajak ini terdapat didalam kenyataan penulis;

    Tasik yang kita renangi bersama dulu
    Mengapa aku yang karam sendirian
    Lupakah pada janji yang kau ukir dulu
    Tanpa diriku hidupmu penasaran
     
    Kiranya benar kau milikku, kau pasti kembali
    Doaku agar Allah merahmatimu sentiasa
    Menempuh hidup bersama dia yang kau kasihi

    Syabas kepada penulis.

           

    3

     

     Masa, Dirimu, Pendirianku

       Penilaian oleh SsS Networks

    3

     

     Masa, Dirimu, Pendirianku

     

      Penilaian oleh Spk Networks

    Tajuk: Sesuai

    Bahasa: Bahasa mudah dan berseni, ada keunikan tersendiri.
     

    Isi Kandungan: bersesuaian dengan tajuk tapi agak mengelirukan

    Penyampaian:

     

    3

     

     Masa, Dirimu, Pendirianku

     

      Penilaian oleh ARN Networks

    Tajuk: Sesuai dengan Isi Kandungan

    Bahasa: Pengolahan bahasa yang agak tinggi dan agak sukar untuk ditafsir isi kandungan yang hendak disampaikan

    Isi Kandungan:  Sajak yang berkisar luahan dan persoalan hati penulis

    Penyampaian: Baik

    Dalam perenggan pertama dan kedua penulis menceritakan tentang masa dan kepentingan masa yang telah dan sedang dilaluinya serta peri penting masa dalam hidupnya. Namun dalam perenggan ketiga terdapat sedikit kesamaran tentang…

    Kakiku melangkah
    satu persatu kuberjalan
    Kuterlihat engkau di sana
    berlarian ke arahku
    Namun ku menoleh
    Ku membuat pusingan-U
    Mengharapkan ketiadaanmu

    “MU” di sini masih samar, tidak diketahui siapakah Mu. Dalam perenggan-perenggan yang seterusnya, penulis telah menceritakan betapa “Mu” telah banyak mengalami kesusahan dan kesabaran demi mengharap kepulangan dan keinsafan diri penulis yang telah leka dan lalai dalam kehidupannya.

    Syukurlah sajak ini telah digambarkan baik bahawa hanya kebaikan yang mendapat tempat di hati insan. Bertuahlah penulis kerana mempunyai “Mu” dalam hidupnya kerana bukan semua orang akan dapat orang seperti “Mu” dalam hidupnya.

     Namun sedikit olahan yang lebih puitis mampu menyerikan lagi puisi ini. Selamat berusaha.

     

    3

     Masa, Dirimu, Pendirianku

     

       Penilaian oleh Pearl Networks

    Tajuk: Sesuai

    Bahasa: Baik dan masih boleh difahami

    Isi Kandungan:  Persoalan yg penulis ajukan, Masa, Penyesalan, Dirimu dan Pendirian Penulis

    Penyampaian: Perlukan penghayatan untuk memahami.

     Walaupun a bit complicated, sajak ini mempunyai pengajaran yang agak baik kepada para pembaca. Terutama apabila penulis dapat menghayati nilai masa.

    Masa yang hilang
    Ia takkan kembali
    Masa yang dilepaskan
    Takkan pulang lagi
    Kukesali

    Detik yang sudah terlepas
    Tidak bisa ia dikutip
    Detik yang ku miliki
    Hanya akan berkurang

    Waktu yg ada,,,
    Waktu tetap bergerak...
    Masa
    yang telah ghaib...
    Masa
    yang kubuang...
    Waktu
    yang wujud...
     
    Waktu yang bermain di tepi
    Mengajarkanku ilmu
    Ku mengerti
     Setiap perkataan yang mengambarkan masa amat sekali ditekankan oleh penulis yang sememangnya telah jelas sekali peringatan Allah swt kepada manusia " Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu didalam kerugian..."
     

     Ayat yang agak menarik terdapat di baris-baris berikut;

    Namun ku menoleh
    Ku membuat pusingan-U

     Syukur, penulis berjaya membuat U Turn. Sebab sometime bila we make a Wrong Turn, atau kita terlalu degil untuk membuat Pusingan-U. Dikuatiri there;s no second chance to make a U Turn. 

    Tapi kita masih ada peluang untuk membuat 3 Point Turn or be STRONG to go over the border.. sebab Rahmat Allah swt sentiasa bersama mereka yang hendak membuat PUSINGAN KEPADA KEBAIKAN walaupun didalam dunia percintaan yang diredai.

    Terdapat sifat penulis yang mengharapkan ketiadaan Mu yang menunjukkan pendirian penulis sewaktu membuat pusingan-U.

    Mengharapkan ketiadaanmu

    Tapi satu kenyataan Pendirianku amat jelas dapat kita hayati apabila ayat dibawah ini penulis menyatakan;

    Kau rela menunggu
    hingga jasad ini pulang ke pangkuanmu
    Kau rela memujuk
    diri yang degil ini
    Kau rela melihat ku bersusah
    bagi mengalami pangajaran
     

     Bolehkah kita katakan bahawa penulis telah membuat keputusan untuk bersama Mu dengan kenyataan berikut;

    Kakiku maju,
    selangkah demi selangkah, ke arahmu...

    Kuimbas wajahmu
    Sekian lama ku berpaling
    Rautmu terukir
    Kau tersenyum riang

    Walaupun penulis pernah menyesal dan menangis? Adakah Mu seorang 'manusia special' yang telah berjaya merubah hati penulis yang degil sepenuhnya?

    Sebuah sajak yang baik untuk membuat para pembaca berfikir.

     

           

    4

     Kerna Cinta

     

       Penilaian oleh SsS Networks

     

    4

     

     Kerna Cinta

     

     

      Penilaian oleh Spk Networks

    Tajuk: Sesuai

    Bahasa:  Bahasa yang mudah difahami dan indah berseni.

    Isi Kandungan:  padat dan bersesuaian.Menunjukkan retetan dan harapan suci menuju kebahagian rumah tangga.

    Penyampaian:

    4

     

     Kerna Cinta

     

     

       Penilaian oleh ARN Networks

    Tajuk: Sesuai dan tepat dengan Isi Kandungan

    Bahasa:Gaya bahasa yang mudah dan menarik

    Isi Kandungan: Sajak ini mengandungi kekuatan jiwa penulis yang agak lain dari penulis yang lain

    Penyampaian: Baik

    Dalam sajak yang agak lain dari yang lain ini , menggambarkan kekuatan jiwa dan iman penulis dalam mengharungi cinta sesama manusia atau lebih tepat lagi cinta dan sayang terhadap seorang kekasih. Jarang sekali kita dapat jumpa insan yang seperti ini, yang mencintai kekasih kerana Allah yang begitu takut terhadap larangan Allah. Dalam bait sajak ini jelas menyatakan perasaan sayang dan kasih beliau terhadap kekasihnya namun segala pergolakan dijiwa berjaya ditawan kerana keimanan yang mendalam. Sajak yang di olah dengan baik ini hanya dapat di lahirkan dari hati yang bersih dan jiwa yang teguh dan ikhlas. Saya percaya penulis mempunyai kekuatan jiwa, mental dan spiritual yang teguh. Semuga semua pembaca dapat mengambil panduan dari sajak ini. Semuga Rahmat Allah sentiasa bersama kita.

     

    4

     Kerna Cinta

     

     Penilaian oleh Pearl Networks

    Tajuk: Sesuai dengan Isi Kandungan

    Bahasa: Bahasa yang mudah dan indah

    Isi Kandungan: Sebuah sajak yang mengandungi ciri ciri Keislaman didalam dunia percintaan.

    Penyampaian: Baik

     Sebuah sajak yang amat menarik yang lain dari sajak sajak cinta yang biasa. Bagi pandangan peribadi saya, penulis msc telah berjaya menghasilkan sebuah sajak yang dapat memecahkan tembuk tebal yang selalu nya mencerminkan alam percintaan yang penuh dengan love and lust.

    Ia bagai satu gelombang peringatan pada generasi hari ini bahawa cinta dapat dinikmati tanpa melanggar batasan syariat yang ditentukan. Ini amat ketara di dalam ayat ayat berikut;
     
    kerna kasih
    daku turutkan
    kerna cinta
    asmara memuncak harapan
    namun batasan
    tetap mencari redhaNya
    islam tetap dijunjung
    syarak tetap didokung
    cinta kita
    bakal disirami
    sinar agung ruh islam

     Ayat ayat dibawah ini pula dapat sama-sama dimenafaatkan oleh masyarakat sebagai satu sandaran jika terdapat kata kata ' It's ok to touch u, since I love u'
     
    tiada "dating"
    bukan bererti tiada sayang
    tiada bersentuhan
    bukan bererti tiada belaian

     Apabila iman mengatasi keinginan bila cinta memuncak penuh harapan; sajak ini dapat dijadikan sandaran dengan kata kata berikut;

    kerna kasih
    daku turutkan
    kerana cinta
    daku pastikan
    agar di sana
    tiada murka tuhan
    agar di sana
    tiada sumpahan al-quran

     Setiap bait dari sajak ini telah menyentuh my inner feeling..It's full of love and  hope.

    seketika nanti
    perkahwinan bakal mengizinkan
    segala penjara cinta ini
    akan bebas bersentuhan...

    Tahniah diucapkan kepada penulis kerana telah berjaya menghasilkan sebuah sajak yang dapat memberi kesan kepada pembaca dan dapat menjadi peringatan dan contoh tauladan kepada mereka yang berada dialam percintaan dunia bebas..bila membaca sajak beliau.

    bersama limpahan cinta tuhan
    di paksian keredhaan
    Tuhan pencipta Alam

    Sajak ini telah mendapat tempat dihati para pengadil.
     

    Judges

    SsS Networks SPK Networks ARN Networks Pearl Networks
     
    Please report any errors to > email

    Hit Counter

    Close this page