|
Penilaian oleh SsS Networks
- susunan paragraph
yang teratur
- tidak dapat ditafsirkan samada
penulis membawa maksud sbg
suami/isteri/anak
- kepujian harus diberi kepada penulis di
atas sumbangan dan usaha beliau.
Penilaian oleh Spk Networks
- sajak ini bagus dari segi bahasa, guna
bahasa yang mudah tetapi menarik
|
Penilaian oleh Pearl4love
- Penulis sajak ini telah berjaya
mengunakan bahasa yang amat menarik dalam menyampaikan sajak beliau.
-
Isi kandungan sajak berjaya menyentuh hati pembaca ;
- Para 1
" Sejenak...kunci perjalanan "
penulis telah memaparkan betapa kejam nya 'kehidupan ini dan
hanya ketabahan dan cekal boleh membuat kita meneruskan
perjalanan hidup ini.
- Para 2 -
" Di saat diri....kini kukecapi "
menunjukan penulis telah bertemu dgn Permata yg
menjadi sinar harapan nya. Beliau kini berada di dalam
kebahagian.
- Para 3 -
" Permata ku...rahmat Tuhan " Penulis cuba
menekankan bahawa segala yg mereka berdua lalui itu adalah
suatu Rahmat dari Tuhan.
- Para 4 -
" Permata ku sinaran yg sirna....tentang
takdir ini " Penulis telah membayangkan
'confusion' dalam diri beliau
tentang kehidupan..diri..dan takdir Tuhan? Walaupun di para
2 penulis menyatakan telah bertemu dgn sinar harapan dengan
kemunculan Permata beliau dan penulis telah jelas
menerangkan bahawa beliau amat gembira?
Kegembiraan tidak mungkin
wujud dalam confusion. Di tambah pula dgn para 5
yang amat jelas menerangkan;
- Para 5 -
" Angin...dan bahagia "
bahawa penulis kini dalam keadaan gembira..tapi satu
persoalan yg timbul..di manakah
Permata beliau yg telah muncul di para 2? Tentu
sekali 'Permata Ku' tidak bersama dgn penulis sehingga
pesanan di suruh angin menyampaikan kepada Permata beliau.
- Para 6 -
" diri mu sukar dicari...bersama dgn
mu " Apakah Permata yg penulis nyatakan dalam
keseluruhan sajak ini masih bersama beliau atau ia berupa
satu harapan untuk hidup bersama dgn Permata yg dinyatakan?
Ayat bila ku temui dalam para 6
ini menjadi tanda tanya kepada para pembaca ...adakah ia
telah ditemui seperti di para 2 atau sebaliknya.
Keunikan sajak ini dgn
membuat para pembaca tertanya2 dan contradiction yang
terdapat di para 4 dan 5 dgn para yg lain menimbulkan satu
tanda tanya yg amat menarik.
Syabas diucapkan kepada
penulis yg berjaya menimbulkan perbincangan, polemic didalam penulisan sajak beliau.
|