|
No |
Poem/Sajak |
|
-
Comment:> The
comments below should be taken with positive view by the writers of the
poem. Writers and readers must understand this website is a training
site for those who are interested in writing Poem. The Judges
too are not 100% perfect. The main point is we learn from
each other.
|
|
1
|
My
Lost Lustrous Pearl
|
|
Penilaian oleh SsS Networks
Outstation dan terlalu sibuk
dengan tugas beliau. Hanya dapat menghantar markah. |
|
1
|
My
Lost Lustrous Pearl
|
|
Penilaian oleh Spk Networks
Keseluruhan sajak ini terbahagi dua, satu bahagian
kenangan dan satu bahagian masa kini. penulis cuba
kenangkan masa dahulu kemesraan yang dirasai.
Penulis gambarkan betapa pentingnya Pearl kepada
beliau dan sehingga kini masih tersimpan kenangan
nya, kerana ianya berharga dan sukar dilepaskan.
Tetapi penulis kesal kini mereka tidak lagi menjadi
sahabat yang akrab walaupun didalam hati tetap
menghargainya.
Puisinya amat menyentuh hati. Bahasa yang digunakan
mudah tetapi tetap menarik dan bait2 sajaknya
tersusun indah. satu sajak yang memikat hati dan
menawan jiwa seni.
Tajuk juga bertepatan dengan isi dan mesej .Kali ini
Naive telah berjaya membuktikan kebolehannya dalam
penulisan dan luahan rasa, syabas.
|
|
1
|
My
Lost Lustrous Pearl
|
|
Penilaian oleh ARN Networks
Dalam sajak my lost lustrous
pearl ini, penulis telah melahirkan
penghargaannya terhadap seorang temannya yang telah
membawa erti yang mendalam hidupnya. Teman yang
menjadi kawan, penasihat, rakan berjuang yang
sentiasa bersama penulis dan menceriakan perjalanan
hidup penulis sehinggakan penulis telah berjaya
menjadi “new person”.
Namun persahabatan ini telah terputus tanpa
sebarang alasan dan penulis tetap menyatakan betapa
beliau menghargai sahabatnya ini.
As she is a lustrous
pearl
I found in the deep blue sea
So precious to let it go
Puisi ini amat indah terutama bagi mereka yang
mengalami situasi yang sama, di sini terdapat
pengajaran bahawa:
-
Peranan “bersahabat” harus merangkumi semua
aspek kehidupan.
-
Persahabatan yang dirahmati mampu merubah
seseorang untuk menjadi manusia yang lebih baik.
-
Perlunya bantuan diberi apabila diperlukan oleh
sahabat.
-
Jika terputus satu ikatan yang kukuh, kita
perlulah menerimanya walau sebarang alasan …percayalah
rahmat di sebaliknya.
-
Perlunya kita menghargai sahabat kita walau
mungkin tiada lagi hubungan mahupun kita telah
di sisihkan.
-
Sesuatu yang di perolehi dengan susah payah akan
lebih di hargai.
Tahniah kepada penulis, teruskan bersama kami
dengan usaha yang lebih gigih… semuga penulis akan
lebih berjaya.
|
|
1
|
My
Lost Lustrous Pearl
|
|
Penilaian oleh Pearl4 Networks
Gaya
bahasa yang baik dan mudah difahami. Penyampain yang
mantap dan penulis berjaya menyampaikan matlamat
nya pada pembaca.
Satu
pelajaran yang dapat diperolehi dari sajak ini...Sebaik
mana pun bersahabatan dari dua manusia ' ibarat isi dgn
kuku '. Namun sedikit kesilapan yang tiada mengenal erti
kemaafan akan membawa kepada ' bencana ' perpisahan.
Rangkapan
dibawah ini jelas menunjuk perkara yg telah berlaku pada
diri penulis;
|
Once
She cares about me
She was always there
To help me when I need one
To cheer me up when I was down |
Tiba-tiba persahabatan yang begitu akrab dan mantap,
berubah menjadi satu kesedihan;
|
Today,
Schism knows no bounds
Even this tough bond
Has broken up
I never empathies what was going on
No explanations
No reasons |
Puisi
ini amat menyentuh hati ( SPK). Puisi ini amat indah
(ARN) , Puisi ini telah berjaya memikat hati para
pengadil. Tahniah pada penulis.
|
|
2
|
Aku dan Sahabat |
|
Penilaian oleh SsS Networks
Outstation dan terlalu sibuk
dengan tugas beliau. Hanya dapat menghantar markah. |
|
2
|
Aku dan Sahabat
|
|
Penilaian oleh Spk Networks
1. Tajuknya kurang menepati (tajuk seolah2 ingin
menceritakan perihal penulis tapi sebaliknya
menceritakan keadaan sahabatnya)
2. isi agak sukar difahami ( isi dan mesejnya
agak mengelirukan pembaca hingga membuatkan
pembaca berfikir apa yang berlaku disebaliknya)
3. penyampaian menarik tetapi agak berbelit
(tiada kesenambungan isi antara rangkap pertama
& seterusnya dimana isinya amat mengelirukan )
|
|
2
|
Aku dan Sahabat
|
|
Penilaian oleh ARN Networks
Sajak AKU
DAN SAHABAT ini, penulis menantikan makrifat
berikutan apa yang terjadi di antara dia dan
sahabatnya ( tidak dinyatakan di sini apakah dia ).
Persoalan dihati penulis menggambarkan
kebimbangannya seandainya sahabatnya akan menjadikan
pangkat dan kemewahan sebagai kayu pengukur dalam
persahabatan mereka.
Yang
hitam iaitu sahabat syaitan yang bergantung
Didarah hitam yang kian memanjang
Namun ayat di atas tidaklah pulak difaham dengan jelas
maksudnya untuk dikaitkan dengan ayat
sebelumnya.
Teruskan berusaha dengan meneliti sajak-sajak yang
terpilih dan jangan lah pula berputus asa.
|
|
2 |
Aku dan Sahabat |
|
Penilaian oleh Pearl Networks Seandai nya kita menjadi sahabat, kita menerima sahabat kita 'tanpa
condition' Ini yang cuba dijelaskan oleh penulis dgn
bait sajak beliau dibawah ini.
Kiranya kau bernama sahabat
Pasti tidak kisah dengan apa yang terjadi
Terdapat
hubungan isi diantara sajak 'Aku dan Sahabat' dengan
sajak
' My
Lost Lustrous Pearl' Kedua dua nya kehilangan seorang sahabat.
Cuma
sajak ini dengan terus terang menyatakankan bahawa
beliau merasa malu dgn sikap perubahan sahabat nya;
Akan malu kiranya kau yang begitu
Kan berubah sikap menjadi ukuran pangkat
Beza nya
didalam sajak ini penulis telah membuat kesimpulan
bahawa '
Yang hitam iaitu sahabat
syaitan yang bergantung.
Perkataan ini tepat sekali, kerana Islam melarang
memutuskan persahabatan dengan apa sebab sekali pun.
Maka memberi maaf kepada sahabat itu adalah satu
perintah agama.
Satu
sajak yang baik isi kandungan nya dan masih boleh
diperbaiki lagi dgn penambahan ayat ayat yang memberi
peringatan dan pelajaran . Contoh seperti dibawah ini;
- Wahai sahabat yang budiman
- Mengapa sebarkan nanah berkuman
- Mengapa pangkat dan darjat menjadi ukuran
- Bukankah persahabatan itu satu anugerah dari Tuhan?
Mengapa syaitan menjadi ikutan.?
Hingga persabatan diputuskan.
-
- Sekadar
satu contoh yang dapat penulis fikirkan pada
sajak-sajak beliau yang akan datang. Semoga kita
bersama mendapat pelajaran dari sajak penulis
ini.
|
|
3
|
Melakar Cinta
|
|
Penilaian oleh SsS Networks
Outstation dan terlalu sibuk
dengan tugas beliau. Hanya dapat menghantar markah. |
|
3
|
Melakar Cinta |
|
Penilaian oleh Spk Networks
~MCS~ sabuah watak baru diarena puisi p4l ( dengan
gaya bahasa yang lebih kini ). Melakar cinta adalah
sebuah pusi cinta berbentuk luahan & keluhan penulis
dalam melakarkan cinta nya penuh kerinduan.ini boleh
dilihat dalam rangkap
"rinduku...
kala sepi ini
detik bagai kaku
lagu untaian penawar rindu
wajahmu penghias benak kalbuku
sepi sunyi tamu penyeri
namun ceria tiada bertandang lagi
rindu mekar mencengkam hati"
mengusik
hati pembaca dengan dalamnya luahan hatinya
hinggakan terbayang di ruang matanya wajah bidadari
hati... ini dapat kita lihat dalam rangkap
seterusnya yang menyokong rangkap sebelumnya
dikala waktu ini
hanya wajahmu menemani ku
menceriakan detik ini
namun tiada sama bersamamu jua
dari puisinya kita dapati,luahan rasa penulis
bukanlah dikala dia kesunyian.... ini didapati pada...
indah detik bersamamu
tiada nukilan mampu ku hasili
tiada kata mampu ku ungkapi
hanya hati nan mengerti
betapa indahnya bersamamu
keseluruhan puisi ini amat romantis... menggambarkan
penulis sedang
dilamun cinta dan kerinduan
yang amat sangat... seni bahasa puitis yang digubah
amat cantik dan menarik
mesej
kesinanbungan dan menepati tajuk... mudah difahami
dengan bahasa yang tidak berbelit.
|
|
3
|
Melakar Cinta |
|
Penilaian oleh
ARN Networks
Sajak melakar cinta ini pada bait pertama lebih berkisar kepada
luahan hati yang mampu di sampaikan dengan baik namun masih
boleh diperindahkan lagi.
Pada bait terakhir berkisar kepada persoalan hati apakah si dia
mengetahui beban rindu yang ditanggung penulis dan penulis
begitu mengharapkan senyum mesra dan sapaan dari kekasihnya yang
amat dirinduinya.
Sajak ini masih perlu dipertingkatkan lagi. Kekurangan sajak ini
adalah kurang menekankan unsur pengajaran yang boleh diteladan.
Pengajaran bukan sahaja dalam bentuk sosial, namun dalam
hubungan cinta juga boleh di tekankan seperti unsur setia,
penghargaan, ikhlas, perjuangan dan sebagainya.
|
|
3 |
Melakar Cinta |
|
Penilaian oleh Pearl Networks
Sungguh menyayat hati bila
membaca sajak Melakar Cinta...yang telah dikupas panjang lebar oleh
SPK. Disamping sedikit komen dari ARN.
Adakah Sajak Melakar
Cinta ditulis dari hati peribadi penulis?. Mungkin benar terjadi,
mungkin juga sekadar sebuah sajak. Namun ia telah berjaya memikat
hati pembaca. |