Poem Id: 122   KERNA CINTA

setika lalu
jarak memisahkan kita
bukan kehendak
bukan pintaan

namun..
itulah suratan
kita sama menuju wawasan
mencari iman dalam sabar
mencari ilmu dalam senyum

merempuh dugaan dalam kerinduan
mencari cinta dilimpahan kasih sayang

seketika nanti
jarak gersang melangkah pergi
pemisah tembok dibongkar persatu
agar kita biasa bertemu
agar kita setia bersatu
tiada penghalang
tiada sekatan
namun...
batasan syariat
tetap utuh pegangan
jambatan cinta ke syurga tuhan

kerna kasih
daku turutkan
kerna cinta
asmara memuncak harapan
namun batasan
tetap mencari redhaNya
islam tetap dijunjung
 
Syarak tetap didokung
cinta kita
bakal disirami
sinar agung ruh islam
tiada "dating"
bukan bererti tiada sayang
tiada bersentuhan
bukan bererti tiada belaian
 
cinta kita pertautan hati
cinta kita kerana tuhan
 
kerna kasih
daku turutkan
kerana cinta
daku pastikan
agar di sana
tiada murka tuhan
agar di sana
tiada sumpahan al-quran
 
kerna kasih
segenap waktu hanya untukmu
kerna kasih
seluruh jiwa daku serahkan
kerana kasih
cintai keluarga daku tekankan
kerna cinta
bersabarklah sayang

seketika nanti
perkahwinan bakal mengizinkan
segala penjara cinta ini
akan bebas bersentuhan
menyentuh mu penuh belaian
menghampirimu penuh kemesraan
bersama limpahan cinta tuhan
di paksian keredhaan
Tuhan pencipta Alam
 
nukilan: ~msc~
14-3-2006
 
Hit Counter
 
Close page
 
 
Rate this poem
Kerna Cinta


View Results