Poem id :185
SEMPURNALAH TUGASNYA
 
Sempurnalah tugasnya
Pada tanggal lima dan dua
Tahun dua ribu sembilan
Jam 5petang…
 
Bersemadi di hari terpilih
Jumaat penghulu segala hari
Disiram wangian mawar tangan suami
Penuh redha…anak dan saudara turut berdoa
Moga roh mu dicucuri rahmatNya
 
Pergi mu dalam usaha menyempurnakan
Tugas sebagai isteri dan ibu
Syahidah dipertengahan jalan
Setelah menghantar angkatan pahlawan
Ke medan pelajaran
Mahu mu mereka berjuang
Menuntut ilmu buat bekalan
 
Sedekad lebih kau dipinjamkan untuk kami
Menuang kasih untuk  suami
Melahirkan lima zuriat buat penyeri
Menyiram lopak-lopak kasih yang pernah kering
Melayan karenah si ayah penuh sabar
Pernah katamu: entah-entah kau yang pergi dahulu
 
Cinta mu bertapak kukuh
Diteratak pusaka kami
Kau layan tamu yang datang
Tanpa silu kau mengalu
Ipar duai, anak saudara dan sanak sepupu
 
Zuraida Nooraini
Ayat suci suara ibu untuk mu;gemersik penuh syahdu
Cium ayah di dahi mu ; semurni hati penuh pilu
Tangis anak-anak ; belum mengerti
Sanak – saudara turut menangisi… pemergian mu
 
Dalam bait tulisan
Kau catat nama seorang teman
Berserta alamat penuh yang kau pinta darinya
3 hari sebelum kau kemalangan!
 
Mungkin padanya telah kau simpul
cerita, kenangan dan  harapan
 
Mungkin kau mahu kami menjejaki
Mungkin kau mahu kami mengerti
Bahawa kasihmu tiada terperi
 
Ya Tuhan…
Kau mengasihinya
Dan izinkan silaturahim kami berpanjangan
Walaupun dia telah tiada
 
ALFATIHAH
Cucurilah rohnya di sisi Mu Ya ALLAH
 
ARA- 2.00ptg 3April 2009
60 hari pemergian Mak su…
sesak nafasku mengenangkan dirimu
Aku rindu…
 
aidadiana
3.10.2009
Dari Ummu Salamah r.a,katanya: Rasullulah SAW bersabda :-
“Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya redha kepadanya, maka wanita itu akan memasuki syurga.”(HR : Tirmizi)

Hit Counter

 

Sempurnalah tugasnya

Rate this poem



View Results
Web Poll from Free Website Polls