Poem id :180
CINTA TAHA
 
Aura cinta mu tidak mengenal kufu
Gadis berlitup yang kau mahu
Aku terkeliru
Panggilan cinta atau ujian Tuhankah itu?
 
Kita berdua…secara totalnya amat berbeza
Kata mu…I don’t care…wa ai ni...
Meluahkan isi hati yang membara
Membingkis kisah Adam dan Hawa
Menterjemah dari lubuk hati ke hati yang mendamba
Kias dada mu berombak kencang
Setiap kali diri ku kau pandang
 
Tuhan…
Wajarkah aku memandang cinta tulusnya
Hanya sebelah mata?
Hanya kerana datangnya dari budaya berbeza
Dan anutan nenek-moyang adalah diskriminasi
Bahawa cinta ini cinta tak pasti!
Atau menghargai rasa hatinya…
Sebagai manusia biasa
Konklusi teori
Cinta ini Engkaulah yang beri
Hai sang cinta,
Aku mengerti,
Kau mahu membukti.
Satu perhitungan dan keputusan hidup
Yang agak sukar
Dirimu tersimpang antara dua
Sebagai anak dan sebagai lelaki
Kasih keluarga yang tiada terperi
Dan panggilan cinta dari lubuk hati
 
Sesungguhnya aku tidak memaksa
Kerana Allah Maha Berkuasa
Bagi ku agama ku, bagi mu agama mu…
 
Hai sang cinta,
Aku hanya boleh bersetuju
Kalau berpadu percaya kita
Menjurus pada Dia yang Esa
Tetapi jika kau masih keliru
Bahawa Tuhan itu Satu tiada sekutu
Kerananya kita merindu
Bertemu tidak jemu
Berpisah nanti tidak gelisah
Walaupun semua itu agak susah!
 
Muhammad Taha ku lakar nama mu
Semperna perjuangan Rasul
Kisah Musa bertemu ibu kerana menyusu
Di mahligai Firaun tumbuh merimbun iman Asiah
Ku ceritakan pada mu realiti kisah
Kau tersenyum setuju
Mendapat nama baru
Namun ku fahamkan mu
Bahawa kau tetap bukan Melayu
Dan seketika kau lupakan amaran ibu
 
Muhammad Taha
Ku hadiahkan pada mu sepotong doa
Buat bekal semangat mengadap keluarga
 
*Surah Taha 25-29
Oh My Lord, expand my breast
Ease my task for me
And remove the impediment from my speech
So, they may understand what I say
And give me a minister from my family
 
Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Lapangkanlah untukku dadaku,
Dan permudahkanlah bagiku urusan ku,
Dan lepaskanlah kegagapan dari lidahku,
Agar mereka mengerti perkataanku…
Dan berilah aku seorang penyokong
dari kalangan keluarga ku...
 
Nukilan cinta baru :
@idadi@n@
Jan 2009
 
Hit Counter
 
 
         Close this page
 
 
 
 

  

 

 

Cinta Taha

Rate this poem

 




View Results
Free poll from Free Web Polls