Poem Id: 169

CERITA DAN FAKTA

SEORANG ASTRONAUT NEGARA

DEDIKASI BUAT AJIL

 

 

 

 

 

 

 

 

Adik,
Sekian lama kita bercerita
Tentang indahnya ruang angkasa
Kau mahu aku menjelajahnya
Kerana pada hikmat baca mu
Di sana akan ku temu sesuatu
Cerita berfakta
Buat penduduk bumi

Adik,
Aku terpilih antara mereka
Atas tiket kelayakan dan dengan doa
Doa mu, doa ibu dan seisi keluarga
Juga doa umat Malaysia

Sehinggakan di sana dapat ku rasa
Doa itu berlegar di sukma
Sambil ku rasai sendiri indahnya maya
Maha AgungNya ciptaan Pencipta
Syukur ku dapat mengecapinya…

Namun seindah nama Shukor yang ku bawa bukan untuk dijaja
Tapi syukur ku membawa misi negara
Yang pastinya aku terusan diuji dan teruji
Fizikal, mental & spiritual dirempuh sekali
Aku bertahan sehingga ku langsaikan amanah ini.

Segalanya telah ku persiapkan…
Ku lambai tangan mempamer senyum
Membawa bersama berkat Ramadhan dalam berjuang
Siapa tahu dada ku berombak debar
Dan mungkin tika itu sekilas wajahmu
Ada pandangan penuh mengerti
Bahawa pergi ku tak semestinya kembali
Apatah lagi, inilah pertama kali!

Dan mungkin juga tika itu
Mata mu melirik sayu
Tangan mu membalas lambai
Tanpa sedar
Kapsul Soyuz TMA-10 makin menjauh
Berlepas dari ISS
Menghantar jasad ku ke dunia lain.

Pastinya kau ikuti
Setiap perkembangan ku
Di Hari Raya di angkasaraya
Pastinya kau lihat tubuh ku bagai terumbang
Di alam tidak bergraviti
Pasti kau dengar
Bicara ku dengan menteri
Pastinya kau dan mereka menonton di litar TV!

Dan yang pasti
Pastinya kau sendiri tak sabar menanti kepulangan ku
Sebab…“Aku kan abang”
Kerana aku inspirasi mu dan kau inspirasi ku
Kerana kau paling bijak antara kita 5 bersaudara
Kerana kau juga antara peminat fanatik
Yang ku semat nama di ruang jiwa
Dalam misi menjelajah ruang angkasa!

Adik
11 hari di ruang angkasa
Pulangnya aku dikuaratin semula
Untuk memulihkan kesan mikrograviti
Namun perjuangan ku bukan setakat ini!

Misi itu berjaya
kajian saintifik berhubung kesan mikrograviti dan radiasi di angkasa lepas
terhadap sel dan mikrob
serta
uji kaji penghabluran protein untuk kegunaan industri
yang ku kaji diistiharkan berjaya
Tapi ujian yang lebih mencabar adalah
Pemergian mu detik kepulangan ku
Bagai kembar bersatu jiwa menuntut aku jangan terleka
Aku terpilih di antara yang terpilih
Moga kau terpilih dan ditempatkan dikalangan yang soleh
…Doa ku penuh redha…

SEM@NG@T K@SIH”
1 NOV 2007

Hit Counter

Close this page

 
Cerita Dan Fakta

Rate This poem



View Results
Free poll from Free Website Polls