Poem Id: 148

 
RESTU
 
*Hari ini datang selepas semalam
*Duka ini hadir selepas gembira
*Kesedaran ini timbul selepas kecewa
 
*Hari ini datang selepas semalam
Dalam kedinginan menyengat tubuh
Diorak langkah gagah miskipun goyah
Mencari rezeki walaupun payah
Direlakan sebuah keperitan demi permata hati
Harapan menjulang
Digadai pengorbanan tiada terperi
           
Sakit, derita, pedih dan ngilu
Sudah sebati dengan jiwa ku
Saban hari membilang usia
Menganyam azam, mengukir tekad
Sakit ini, Moga anak ku tidak warisi
Derita ini, moga anak ku tidak tangisi
Pedih dan ngilu, biar hanya fasih di lidah ibu
 
Dia…….
Tidak meminta segunung intan
Apa lagi emas dan berlian
Berikanlah anak sebuah kejayaan
Simbolik pengorbanan
 
Hati mereka meminta merayu
Ya Ilahi, berikanlah permata ku
Sejalur cahaya penyuluh hidup
Agar dapat menyinari setiap titik peluh
yang kami basahkan di bumi Mu
 
Saban hari si anak melangkah
Ibu lirik dengan cita-cita
Ayah kerling dengan harapan
Anak laksana seorang wira
Bersedia ke medan perjuangan
Nak,
Ini ayah bekalkan upah
Pergilah ke sekolah
Tuntutlah ilmu penuh di dada
Harta kita paling berguna
 
Ibu pula sempat mencelah,
 
Nak,
Makanlah dulu
Ibu sediakan sarapan untuk mu
Biar mudah kau timba ilmu
Senang mendapat ajaran guru
Ilmu penting dalam hidup mu
 
* Duka ini hadir selepas gembira
Anak bertuah!
Apa lagi yang kau mahu?
Tidak cukupkah pengorbanan ibu mu?
Atau….
Inikah balasan?
Buat kasih yang bagaikan air lalu
Madu kasih kami kau balas hempedu?
 
Semalam…
Hadir sebuah derita
Yang mengecewakan hati mereka
Masih terasa tangisan semalam
Mengingatkan hati ibu yang terhiris
Terkenangkan hati ayah yang terguris
 
Luka mu ibu,
Kerana aku pijak cita-cita mu
Kecewa mu ayah,
Kerana aku hancurkan harapan mu
Pasrahmu guru,
Kerana kami khianati ajaranmu

 *Kesedaran ini timbul selepas kecewa

Insan…..

Semalam telah berlaluLupakah lah ia
Hari ini anak mu bangkit mencari harapan mu
Semoga kau berhenti menangisi aku wahai kekasih ku
Bantulah aku bangun
Melihat tingginya langit
Indahnya awan
Pelangi yang hilang pasti akan muncul
Hanya restu aku mohonkan.

*Hari ini datang selepas semalam
*Duka ini hadir selepas gembira
*Kesedaran ini timbul selepas kecewa
AYUH, KITA MAHKOTAKAN PENGORBANAN MEREKA!

aidadianaaziz-
May 28,. 2007

Hit Counter

Close this page

 
 

 

 

 

Rate this poem:
 
Restu



View Results
Free poll from Free Website Polls