Poem Id: 149
KAU KU RINDU
(June07 Contest)
 
Guru,
Kau bagaikan sebutir mutiara
Berkedipan, bercahaya, bergemerlapan
Sinarmu tak pernah pudar
Berseri sepanjang zaman.
 
Kau bagaikan bintang di langit
Penuh dengan rahsia
Tetapi tetap akan menjelma
Menyerikan malam yang gelita
 
Kau bagaikan mentari
Bahang mu menghidupkan dunia
Ada yang membenci
Namun ada yang menyanjungi
 
Guru,
Tanggal 16 May
Hari mu dirai
Senyumlah cikgu aku rindu
Rindu akan diri mu
Insan berjasa selepas ayah dan ibu
 
Kepulangan ku ke daerah itu
Sekolahku
Guru ku masih di situ
Penuh kasih menyapa
Bertukar khabar dan berita
Ooo cikgu itu sudah berpindah
Mmmm
Cikgu itu sudah…
Terhenti katanya aku mengerti
Ada yang lebih Mengasihi
Al-Fatihah
“Guru Penjana Modal Insan Gemilang“
Terima Kasih Cikgu
Jika dulu kita bertemu hampir setiap hari
Tetapi kini aku terpaksa pergi
Tak mengapa lah
Panjang umur jumpa lagi.
 
-AdaDianDiHatiKita-
 
Submitted May 2007
 
 
 
Rate this poem

Kau Ku Rindu




View Results
Free poll from Free Website Polls