Poem Id: 152
Sahabat
(June07 Contest)

Kepulanganmu pengubat rindu yang bagai berabad
Perubahan kita tak mengubah akrab ketika berjabat
Kau masih seperti dulu saat berbicara…..
Cuma lebih matang pada cara mengolah kata

Sahabat,
Senyum mu masih manis bagai sejak mula
Walau riak mu bagai berahsia
Namun ikhlas mu tetap terasa
Rona persahabatan masih buat ku bahagia

Sahabat,
Kau pernah jauh dan pernah ku rasa dekat
Rupanya antara kita sudah terikat
Dalam pertalian keluarga yang berselirat
Terselongkar dalam sembang gamat

Sahabat,
Tiada beza pada jauh dan dekat
Kita tetap kawan
Walau jarak dan masa bisa merubah sikap
mahupun keadaan
Kerana dulu,
Kita pernah berkenalan….
Lantas kita bina
sebuah persahabatan….

Kawan Sekolah : Bertemu Semula Setelah Sekian Lama
Shah,Aida,Yanti,Azli (SAYA)
Ada Dian Di Hati Kita June 2007

Aida Diana
24.06.2007

Hit Counter

Close this page

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rate this poem

Sahabat




View Results
Free poll from Free Website Polls