Poem Id: 156
SEHANGAT KASIH
(July Contest)
 
Ayah
Lewat usia remaja
Aku menyedari kasih mu seutuh bumi
Walau badai tsunami melanda
Meranapkan anak bumi yang terleka
Namun rezeki tetap meruah
Ibarat kasih yang ayah curah!
 
Ayah
Walau leter mu jarang kedengaran
Dan dehem mu isyarat amaran
Tapi dulu, kami tetap kecut
Sekiranya kau marah…
Hingga adakala kami berbohong
Mengikut rasa, jiwa remaja
Kami kembali...bila menyedari
Ikut rasa hati tiada sudahnya
 
Ayah
Kau kata usiamu kini sudah senja
Risau dan bimbang bagaikan raja
Hanya doa dan harapan kau simpul padu
Moga kami pandai menjaga diri dan maruah mu
Kerana kau sudah tidah sekuat dulu!
 
Ayah
Walau jarang kau suarakan
Kata kasih buat anak-anak
Tapi aku tahu
Pengorbanan mu, keringat mu dan...
warna kulitmu dipanggang matahari…
Telah membahasakan satu rasa
Kasih yang tiada terperi
Ibarat mentari menyinar bumi
“Matahari mengasihi apa yang disayangi”
 
Ayah
Bagi mu aku adalah anugerah terbaik
Rasa bangga mu membesarkan anak seperti aku
Mengatasi jerih yang telah kau lalu
 
Ayah
Kalaulah tidak kerana bumi ini berputar
Yang menuntut aku meneruskan fasa hidup
satu demi satu
Ingin sekali aku kembali kepada mu
Ku tahu…kasih sayangmu tetap seutuh dulu!
Ayah
Aku rindu
Rindu kau dan ibu…
 
aidaaziz
10/07/2007

Hit Counter

Close this page

 

 

Rate this poem

SEHANGAT KASIH




View Results
Free poll from Free Website Polls