Poem Id: 155

Sahabat, Tetapkanlah Senyummu
(Tuesday morning, 26 April 07 )
~khas buat sahabat tersayang~

 
@)--`----------

senyumlah hai sahabatku, la tahzan..

sahabat,
tetapkanlah senyummu..
walau perit yg kita rasakan..
walau pahit perpisahan itu..
walau dalam hati kita menangis..
walau tiada siapa yg tahu..

sahabat,
tetapkanlah senyummu..
sungguh..
Allah Maha Mengetahui..
tiada rancangan sebaik rancanganNya..
tercatat terang dalam Al-Quran..
sahabat,
tetapkanlah senyummu..
berpisah..
berpisah kita jarak & tempat..
berpisah di hati?..
ah, tak mungkin kau kulupa..

sahabat,
bersahabatlah kita kerana Allah..
moga kita dicintaiNya..
moga persahabatan ini diberkatiNya..
moga kita dirahmatiNya..
tetapkanlah senyummu..

sahabat,
perjalanan kita di dunia singkat amat..
teruskanlah perjuangan ini..
tegakkanlah kalimah Allah..
andai ku pergi dulu..
berdoalah moga kita ditemukan semula..
di Akhirat kelak.. amin..
tetapkanlah senyummu..

sahabat,
syukran ya sahabat..
atas segalanya..
maaf jua atas segala salahku..
kisah ini akan abadi..
dlm kotak memoriku..
sukar untukku cari sahabat sepertimu..
moga kau diredhai Allah..

tetapkanlah senyummu..
hai sahabatku..

[(( hanahuda4eva ))]
...always...
- insyaallah -
 
Poem submitted: 10.07.07

Hit Counter

Close this page

 

 

Rate this poem

Sahabat, Tetapkanlah Senyummu




View Results
Free poll from Free Website Polls