Poem Id: 153

Fajar Subhi
 
Fajar Subhi bagai mengendong kasih mentari
Fajar Subhi hadir saban hari
Dari kelip sirna yang suram
Membibit cahaya kasih yang suam
Bebola matanya yang dari kecil
Semakin membesar menjilat titis kabus
Tetapi sayang seribu kali sayang
Ada hamba tak bangun sembahyang!
 
Fajar Subhi membawa janji
Siapa usaha dia akan dapat
Dingin kabus membalut tubuh
Anak bumi tak bangun subuh!
 
Fajar Subhi
Gendong kasih mentari
Menyampaikan salam Rabbul Izati
Kau hulurkan cahaya ke perut bumi
Bagai mutiara menyuluh hati
Khalifah bumi sudah menanti
Tunggu cerah sedikit lagi
Kami mahu mencari rezeki.
 
Dan mentari mula menggarang
Yang lena mula mengerang
Yang baru bangun rasa rugi
Fajar subhi sudah pergi…
 
Nelayan bumi meraih pesona sang Fajar Subhi
Petani bumi membajak kasih iktikad solat
Menapak bersama zikir nan suci
Redah kabus mendamba janji
Lihat ;-)
Walau mentari sudah meninggi
Masih sibuk mengarang rezeki
Rehat tika Zuhri.
 
Noor Aida Binti Ab. Aziz-
6.00am 12/07/2007

 

 
Rate this poem

Fajar Subhi




View Results
Free poll from Free Website Polls
 

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [189] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; [190] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. [Ali Imran, 191]

Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud (rad.) bahawa Rasulullah (sallahu ‘alaihi wassalam) bersabda: Dia yang ada di dalam hatinya sombong seberat biji sawi tidak akan masuk syurga. Seorang berkata: Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian yang cantik, dan kasut yang cantik. Baginda (sallahu ‘alaihi wassalam) bersabda: Sesungguhnya Allah Maha Indah dan suka keindahan. Kesombongan ialah mengabaikan hak kebenaran dan menghina orang. [Sahih Muslim: 1:164]

Hit Counter

Close this page