Poem Id: 160  
 
BUNGA BANGSA
 (13 Julai 2007)
 
Nuri berlegar di udara
Hilang dari pantauan radar kawalan
10 minit selepas berlepas!
Perginya bunga –bunga bangsa
48 hari sebelum merdeka!
 
5 wira dengan semangat waja
Bersama seorang wirawati mewakili kaumnya
Seolah- olah sudah berjanji untuk pergi bersama
selamanya…
 
Kali terakhir di Awana
Sebelum terputus hubungan…
dengan menara kawalan
Dan terputus hubungan…
dengan rakyat Malaysia
Kaum keluarga khususnya!
 
Bagai peringatan …
Sedutan demi sedutan
Berita sedih lagi menggemparkan
Kronologi pertahanan kajian ilmuan
Bahawa setiap sudut mesti diselidik
Oleh para cerdik!
 
Kita takkan buntu kalau kita bersatu
Harapan tetap ada dengan doa berpadu
Walau  hanya jasad yang ditemu
Kerana malang tidak berbau
Jangan mereka dikuburkan tanpa batu!
 
Kembalilah ke tanah asal wahai jiwa yang tenang!
Disambut rintih hiba keluarga penuh redha
Dari Kedah hingga ke Johor
Syukur dan akur  
Sekurangnya mereka bersemadi di liang kubur,
 Dan kita sejenak bertafakur
Menghayati berita gempar  menjawab debar!
 
Dalam rintih pedih bertakhtakan iman
Waris bersuara 
Kami bangga mereka pergi sebagai wira!
AL-FATIHAH
Perginya warga berlian di usia muda!
Dalam misi menjadi bunga bangsa!

 

@id@ @ziz
20 Julai 2007
 
( A special double match date happened on  Friday 2007 2007.
Only once in our life time...)
Berita : 19-07-2007 07:47:44 PM :  
Mayat terakhir mangsa nahas Nuri,
Juruterbang Kapt Nor Azlan Termuzi, 29, yang
 tersepit di dalam kokpit helikopter berjaya dikeluarkan
 
MENGIMBAS PERKEMBANGAN BERITA
 
 

SEAKAN TERIMBAS SENYUMAN MEREKA!

---BUNGA BANGSA---

P4LS mengucapkan Takziah Buat Keluarga Mangsa.
Semoga Allah Swt mencucuri Rahmat ke atas ruh ruh
mereka yang telah kembali ke Rahmatullah .

Hit Counter

Close this page

 
Rate this poem

Bunga Bangsa




View Results
Free poll from Free Website Polls