Poem id: 161
Pejamlah Mata
(not for contest)
 
Duhai mata, pejamlah
Lenyapkan sementara segala isi buana
Esok pasti bertemu semula
Andai ada izinnya Yang Maha Kuasa
Duhai mata, pejamlah
Mimpikan semua yang indah-indah
Agar pulih jiwa yang parah
Terpanah tusukan sembilu sejarah
Duhai mata, pejamlah
Serapatnya bak isi dan kuku
Seutuh kukuh aur dan tebingnya
Sekuat kenangan datang menyinggah
Duhai mata, pejamlah
Usah didera jasad yang tak bersalah
Jangan dipaksa minda nan resah
Hilang sentosa disebalik tabah
Duhai mata, pejamlah
Bendung titisan mutiara yang luruh
Mengusir pergi semangat yang rapuh
Mahu dirawat semula hati yang luluh
Duhai mata, pejamlah
Pudarkan segenap memori yang ada
Biar sukma beradu damai dan lena
Biar jiwa berkelana santai akhirnya
eLregina
290807
0150 hrs

Hit Counter

Close this page

 

 
Rate this poem

Pejamlah Mata




View Results
Free poll from Free Website Polls