Terang Yang Gelap

Poem participated in August 2005 Contest


Manakah mencari berpandunya arah yang dicipta..
Kelam-kelam dan berbalam.. bagaikan malam..
Malam sepi yang tiada berpenghuni..
Malam yang tiada pungguk rindukan bulan..
Ku kira-kira bintang di langit.. mengapa hanya coretan bunga api panjang berekor
yang melintasi... lantas hilang..

Kiranya lautan itu luasnya sedulang air di cawan..
Anggapan bintik-bintik merah pasti menyerlah warnanya merah hangat si mawar..
Tersunting di pagi basah disejuk hening embun..
Sesuci jernih menyerlahkan keanggunannya puteri.. yang ditatang si dulang emas..
Adakah rembulan tahu bahawa pungguk kesedihan kerana hanya mampu memandang dan
memanggil sang rembulan yang tingginya melangkaui kayangan...
Mampukah sang pungguk menyatakan nota mimpi
 dilakar indah dari bayangan fantasi untuk membina kota jajahan buat kasih
yang diliangkan hanya kepada Julietnya si bulan...

Ditekan dari rusuk kanan.. hilangnya akal kiri...
rusuk kanan ditusuk.. musnahnya anganan pemikiran kanan
dibuai kerlipan mayanya indah perasaan....
Larian di cipta bukan tiadanya kemampuan untuk mengisi...
agar susu tidak dititis birunya nila..
lantas bisa... kecewalah sang peragut rumput empat tongkatnya...
 setelah jerih dilontar terpaksa rela...
hindari hati-hati yang mendatangi dengan seribu harapan
dan membaranya secebis kasih senipis mukanya riak tasik..

bukan hadapan yang mendatang... tetapi belakang yang meminta..
hanya mampu memandang dua tangan
yang tidak petah menggenggam halus jarinya gadis...
kaca nipis hati bagai menghempas di lantai...
bahkan hati sang teruna.. bagaikan di gilis
Planetnya Merah.. berat dan hancur..
ronta yang tidak menembusi bibir untuk didengar...

Anak-anak kecil ketawa.. lahirnya asli..
Teruna ketawa... keringnya perigi..
Gadis ketawa.. tidak sekali..
Bila idaman... jarak seinci..

Mencari terang... dari gelap..
Menyinari gelap.. yang masih mencari..
Sayangnya ini.. yang sempat ditemani..
Merintih hati.. melangkah pergi..
Mencari.. si guli-guli..

Luluhnya hati.. mahu silalah memahami...
Mutiara suci.. sentiasa disisi..
Di satu sudut yang sepi sendiri..

Hati masih mengasihi..
Jangan disoali.. bila mengisi..dan arah ditujui..
Kerana sangsi.. tidak terdaya untuk kembali lagi....

Mencari terang dari sang hitam untuk menyinari esok-esok hari..
Longlainya kaki..... melangkah pergi...
Semoga menghiasi... dilebihi dihiasi...


Sang Pungguk mula melebarkan sayap..
Hilangnya Rembulan di hujung langit sepi..
Semoga esok di malam hari yang seperti ini..
Menghiasi kembali....

Erti.....?

- AnnRaxeL
1.8.2005

Hit Counter

Close this page

Keep tract on number of visitors viewing this page.