|
Tidak Mungkin Terpatri
- Telah
3 tahun lamanya aku kau tinggalkan
Tiada sebaris khabar berita kuterima darimu
Ternyata kau yang dulu melupakan
Janji-janji yang kau simpulkan padaku
Hatiku retak seribu tiada siapa yang tahu
Tidak mungkin tercantum walau dipateri
Namun mendendamimu tidak sekali-kali bagiku
Kerana kaulah ku kenal erti cinta nan suci
Kau tidakkan tahu betapa rindunya diri ini
Padamu yang sukar kucari ganti
Bukan aku menutup pintu hati
Puas kucuba, bayangmu pasti melintasi
Mana mungkin kutemu penggantimu dalam masa terdekat ini
Biarpun ku tahu kau tidak mungkin kembali
Hanya doa mengiringi setiap kali aku menangisi
Agar kau bahagia di denai yang kau pilih sendiri
Tiada berdaya aku memaksa kau kembali
Tiada gunanya aku menawarkan kasihku kini
Kasihku bukan percuma, bukan untuk dijual beli
Akan kuserah kasih ini hanya pada yang hakiki
Percayalah, tidak pernah sebesar zarah aku membenci
Kau yang pernah bertakhta di singgahsana hati ini
Sebagai tanda ikatan kasih tulus, suci dan murni
Ku maafkan dikau walau hatiku hancur berkecai ke bumi.
eLregina / KL
13.10.05/2330 hrs
9 Ramadan 1426H
Hak Cipta Penulis

Close this page
Keep tract on number of
visitors viewing this page.
|