Nota Cinta buat Sahabat

Sahabatku,

Kata orang cinta itu buta
Kata orang cinta itu merana
Kata orang kerna cinta hidup sengsara
Kata orang kerna cinta kita lupa segala
Kata orang kerna cinta juga kita sanggup berkorban apa saja

Malahan, sahabatku,

Pujangga pernah berkata;
'Sekiranya kau menyintai seseorang
lepaskanlah ia pergi
jika ia kembali kepadamu - ia adalah milikmu selamanya
jika sebaliknya - ia bukanlah diciptakan untuk dirimu ~ lupakanlah ia

Sahabatku,

Aku juga pernah terbaca;
'Pedih sekiranya kau menyintai seseorang
tetapi kau tiada upaya untuk memberitahu hasrat hatimu
tetapi amat pedih sekali apabila dia mengetahui kau menyintainya
tetapi cintanya adalah untuk yang lain'

Sahabatku,

Begitu hebatnya cinta
Hingga kita sanggup lakukan apa sahaja
Di manakah letaknya mata cinta hingga kita buta kernanya?
Di manakah letaknya harga cinta hingga kita sanggup menggadainya?

Sahabatku,

Aku tahu kau sengsara
tetapi... itulah hakikat cinta
Sekiranya ingin ku palitkan
Kisah cinta ku lebih hebat dari mu
Walaupun tak sehebat cinta Laila Majnun
Tak seagong kisah Shah Jehan Mumtaz
Tak seindah kisah Yusof Zulaikha
Tak sebahagia Muhammad Khatijah
Namun,
Kisah cinta ku punyai cerita tersendiri
Di mana kadang-kadang aku sendiri tak fahami
Antara kasih dan simpati

Sahabatku,

Sabarlah..
Kebahagian itu akan menjadi milikmu
Mungkin bukan hari ini
Mungkin pada esok hari
Tetapi.. aku pasti
Kau akan memiliki cinta yang abadi
dan kebahagiaan itu kekal menjadi hakmu, yang pasti

~ Frisya

 Tuesday, January 04, 2005 6:48:14 PM  

Hit Counter

Keep tract-how many visitors viewed this page