|

- Ramadhan ini
Kau datang lagi Menjemput aku menghayati Bulan mulia lagi indah nan suci
Ramadhan ini Aku bersyukur pada Ilahi Kerana diberi nafas untuk aku menginsafi Dosa-dosaku yang dulu dan kini
Ramadhan ini Kaulah penghulu segala bulan
Berganda balasan setiap amalan Berlumba-lumba mengumpul bekalan
Ramadhan ini Moga kali ini dan saat ini Siang dan malam mu akan kupenuhi Dengan selawat dan zikir pada Rabbul Izzati
Ramadhan ini Aku panjatkan rasa syukur Kau menegur kelalaian, aku jadi akur Semoga aku tidak tersadung dan tersungkur
Ramadhan ini Kehadiranmu ku nanti Pemergianmu kutangisi Berjumpakah aku denganmu lagi?
eLregina/KL
-
9 Ramadhan 1426H 131005/2345 hrs

Close this page
Keep tract on number of
visitors viewing this page.
|