|
|
|
Khabar itu
aku terima dengan tenang
Tenangku ditemani manik-manik jernih Gelora kolam hatiku berombak Pemergianmu menemui Pencipta Telah aku sedia dan redha pada bila-bila masa Tanggal 16 Ramadhan 1423, 21 November 2002 Kau pergi tinggalkan segalanya Itu janji Tuhan padamu Kau dipinjamkan sementara padaku Kini kau diambilnya tanpa bicara Derita yang kau tanggung sekian lama Akhirnya didengari Allah yang Esa Diambil-Nya dirimu kerana disayangi-Nya Tidak dibiarkan dirimu terus-terusan menderita Mungkin sudah terlewat untuk aku ucapkan Bahawa aku teramat menyayangimu teman Biarpun aku pernah ucapkan padamu Namun ia tidak mencukupi bagi insan Yang penuh kasih-sayang seperti kita Aku mengimpikan pertemuan yang lain Jika engkau kembali berdiri Namun Allah lebih mengetahui Tentang laluan hidupmu yang tersedia Walau kau tidak sempat kutemui Di detik-detik terakhirmu Ku tetap bersyukur kerana kedegilan kita Menjadikan pertemuan terakhir seindah impian Itulah saat yang paling gembira bersamamu Lantas doaku termakbul….alhamdulillah Aku bagaikan mengetahui, jika tidak waktu itu Mungkin aku tidak akan dapat temui dirimu lagi teman Kau tinggalkan aku dengan seribu satu memori yang indah Akan ku garap seindah mungkin Kesemua rakaman kenangan kita Agar sentiasa segar diingatan Walau dikau telah lama pergi Terima kasih di atas persahabatanmu Yang murni, sejati dan abadi Tidak akan ku lupa di sepanjang hayatku Walau diriku dikandung tanah Maafkan diriku Andainya selama hayatmu,
Keep tract on number of visitors viewing this page. |