Warna Kehidupan

Asal-usulnya sungguhlah hina
Jikalau jatuh ke Bumi
Ayam tak patuk
Itik tak sudu
Tiada yang mahu

Lahirnya ke dunia
Ibarat sekeping kanvas putih
Suci putihnya tiada cela
Tiada mengerti apa-apa
Rohani tiada dosa

Kanvas putih dilakar
Corak-corak indah sebagai ilham
Diwarna cantik rupanya
Peribadi mulia
Insan gemilang

Diri dibentuk kini dewasa
Mula mengenal erti kehidupan
Alam luas terbentang
Bekalan dikutip semahunya
Bimbang kebuluran di tengah lautan

Sejauh mana terangnya lampu pelita
Berkilauan qandil menerangi kegelapan
Minyaknya akan habis jua
Masanya sudah tiba
Jasad kaku dijemput Izrail

Dunia Akhirat
Bahagia dicari
Redha-Nya dipohon
Segala-galanya dalam genggaman-Nya
Dialah Yang Maha Agung

< n a i v e >
 

Hit Counter

Keep tract on number of visitors viewing this page.

Close this page