Cinta Pertama  
Winner
Contest 'True Love Story'
March 2005
Cinta pertama
cinta yang tak mungkin dilupa
walaupun tiada bicara
namun ianya tetap terasa
 
inilah pengalamanku
yang ingin ku kongsi bersama
kisah berlaku 2 tahun yang lalu
bila ku kenang, aku menjadi sayu
 
saat melangkah ke pengajian tinggi
terasa diri ini melangkah ke alam dewasa
bebas dari pandangan ibu bapa
namun ku tak mensia-siakan cita-cita
 
asyik melihat teman bercinta
aku pun terasa ingin berpunya
berpacaran, berteman, ke mana saja bersama
namun kekurangan diri membuat aku malu memula segala
dalam diam aku mencintai DIA
 
DIA lelaki pertama yang menyapa
DIA lelaki pertama yang mula bicara
aku senang disampingnya
gelak tawa selalu bersama
namun hati ini masih belum mampu untuk luahkan segalanya
 
kerna cita-cita
DIA dan aku terpisah
tanpa sebarang berita
aku 'kehilangan' teman bicara
kesibukan kerja
membuat aku lupa sementara padanya
namun tak disangka
DIA mencariku semula
katanya: sudah puas mencariku merata
namun tidak berjumpa, hampir kecewa
 
bermula dari saat itu
saban hari dan waktu
gelak tawanya menjadi tamuku
katanya: kapan boleh bertemu?
aku seolah terkaku
tidak sangka ini semua akan berlaku
 
pada pertemuan pertama
pelbagai cerita dikongsi bersama
hingga kini aku tak lupa senyumannya
DIA masih seperti dahulu
tanyanya: kau masih belum berpunya?
masakan tidak? kau sudah berkerja dan pandai bergaya
mesti ramai jejaka ramai memerhati
jawabku dalam hati: KAU cuba tidak mengerti
atau kau tidak tahu baca gerak hati?
 
hari demi hari
kehadiranmu sungguh ku senangi
tapi diri ini belum mampu meluahkan rasa hati
 
sehingga satu hari
kau bertanya: apa digemari oleh seorang wanita untuk hari lahirnya?
aku terdiam membisu
mengapa kau ingin tahu?
segalanya bermula dari situ
kau memperceritakan satu-satu
hari pertunanganmu semakin hampir
kau inginkan pandanganku
kerna aku adalah teman bicaramu
kau berkongsi segalanya denganku
dari persiapan sehingga ke harinya
apa sahaja kekurangan kau meminta pandanganku
 
beberapa purnama berlalu
kad undangan mu mengetuk pintu
betapa sedih pilu merobek hatiku
aku masih tidak berupaya meluahkannya
terasa kerdilnya aku
desakan mu cuma satu
hadir menyaksikan lafaz ijabmu
hati ini berbelah bahagi
antara kasih dan sakit hati
tetapi aku gagahkan kaki
dari jauh aku cuma memerhati
kau bahagia bersanding bersama pilihanmu
dengan linangan air mata aku terus berlalu
lambaian terakhir aku sebagai teman bicaramu

 

dan terus menutup kisah itu
sekiranya waktu menjadi penentu
ingin aku ketemu dan katakan KAULAH cinta pertamaku
 
... itulah kisah cinta pertama ku
 
~ frisya

 

Hit Counter
 

Keep tract on number of visitors viewing this page.