Pasrah Hati Ini 
(Poem participated in June 2005 Contest)

 

Alunan irama mendayu
Membelai lembut ke sukma hati
Di mana aku harus mencarimu
Dalam kelam aku terus sendiri
 
Sukarnya…kalau itu menuntut pengorbanan
Apalagi yang boleh aku buktikan
Adakah kau mahukan arca setinggi gunung
Ataupun sebuah dunia ini yang kau mahu aku berikan….
Sebagai tanda untuk aku buktikan …

 

Berdosakah aku…Bila mencintai mu
 
Bila jalinan hati kini mendekatkanku padamu
Adakah aku harus pasrah Kepada semua yang tertulis
Jalannya cinta….menodai hati
Aku mencintai jalinan yang tiada pasti
Dan aku tak harus dikalahkan…
Oleh kerana sebuah ketidakpastian…
Akan aku ikuti jalannya hati ini…
Demi sebuah ketenangan kehidupan
 
Dan
 
Aku pasrah andainya sememangnya
engkau tidak diciptakan untukku…
 
ZZ
 
14-6-2005

Hit Counter

Close this page

Keep tract on number of visitors viewing this page.