|
SELAMAT TINGGAL
/GOOD BYE
Poem
participated in July 2005 Contest
- 'SELAMAT
TINGGAL', 'GOODBYE'....
Inilah perkataan atau ayat yg paling aku takuti
atau lebeh tepat benci..
Apalagi kalau ianya disampaikan oleh org2 yg aku sayangi
Pedih, terhiris rasanya bila itu yg mereka ucapkan
Hehehe.. tapi kini aku tergelak sendiri..
Bukan ilang akal...tapi kali ini gilirian aku
untuk mengucap kan 'SELAMAT TINGGAL"
Walau pun dgn perasaan sedih..
Sepedih mana bila aku menerima ucapan itu..
Tapi pedih lagi bila tiba masanya aku yang harus melafazkannya..
Bukan
mudah untuk aku membuat keputusan ini..
Tapi setelah aku berfikir panjang, merenung dalam-dalam..
Inilah yang terbaik..
Bukan untuk aku seorang..
Tapi juga untuk DIA dan semuanya...
Bukan mengikut perasaan...
Tapi sampai bila...
Hanya aku yang harus bersabar, memahami
dan menahan kesakitan juga hinaan..
Aku hanya insan biasa...
Sekuat mana aku bertahan...
Akhirnya aku jatuh juga..
Tewas dengan keadaan sekeliling..
Untuk
siDIA..
Walau ini kali terakhir kita bersua..
Namun tidak bererti aku membenci mu...
Kau akan sentiasa ku semat didalam hati..
Tidak akan sesaat pon akan aku melupakan mu..
Walau disaat aku menghembuskan nafas terakhir ku..
Kau tetap didalam hati dan sanubari ku... SAYANG..
Untuk sahabat sekelian...
Persahabatan kalian amat aku hargai..
Gembira kerana kalian sudi menerima ku
sebagai sahabat..
Akan aku kenang saat-saat kita bergurau dan tertawa bersama..
Bagi ku.. kalian semua cukup istimewa..
Walaupon ada dari kalian belom sempat aku temui..
Untuk mereka yang menganggap aku musuh...
Ermm.. Aku tak tahu mana salah aku..
Sehingga aku dibenci dan dihina begitu dasyat..
Maruah ku, dijejeh kesana sini..
Aku dimaki tanpa tahu sebabnya..
Namun, aku tak pernah marah atau dendam..
Malah aku selalu medoakan agar
suatu hari mereka sedar apa yg mereka lakukan itu
telah menghancurkan hati insan yg IKHLAS dalam mencari
erti kata 'PERSAHABATAN'
Dan telah aku maafkan kesilapan mereka..
Akhirkata dari aku...
Ku susun sepuloh jari...
Memohon kemaafan..
Sekiranya selama perkenalan kita...
Aku ada membuat silap.. terkasar bahasa
Atau menyinggung perasaan..
Aku hanya insan biasa yang tak dapat lari dari kesilapn..
MAAF DARI KU SEKALI LAGI..
Dari itu...
Aku ucapakan dengan hati yg sayu...
Salam sayang...
Salam rindu yang bakal menjelma..
SELAMAT TINGGAL semuanya...
:-R-,-Ô-§-,-Ê-;{@:
15.7.05

Close this page
Keep tract on number of visitors
viewing this page. |