Lukanya Sekeping Hati
(December '05 Contest)
Sudah lama aku pendamkan
Serasa ingin pergi jauh dari kalian
Kalian yang memijak maruahku sebagai insan
Haruskan aku pejamkan mata, berhati rawan?
 
Saban hari airmata menyapa
Tidak sampai hati melanda di jiwa
Namun maruah perlu kubela
Dari dipijak oleh hati yang durjana
 
Begitu berat untuk kunyatakan
Berat lagi kaki yang melangkah
Kerana terpaksa, kerana terkilan
Meninggalkan kalian kurasa payah
Pergiku membawa seribu rahsia
Sudah pasti menjadi tanda tanya
Namun diwajahku jelas ceria
Sembunyikan luka dalam ketawa
 
Kukira sudah tiba masanya aku pergi
Demi sebuah harga diri yang tinggi
Agar aku tidak dihina lagi
Oleh insan yang dibutakan hati
Bahagialah kalian tanpa diri ini
Usah dirayu aku kembali
Kewujudanku tidak kalian hargai
Perginya aku barulah kalian rasai?
 
Usah bersedih wahai hati-hati yang durjana
Kupergi kerana kalian semata-mata
Terguris hatiku tidak mungkin dirawat semula
Usah berlindung disebalik airmata
 
Andai diriku tidak kau hina dulu
Mungkin aku masih setia di sini
Segala-galanya sudah berlalu
Sudah terlambat, aku benar-benar berkecil hati
 
Usah bimbang kalian tetap di hati
Walau jarak memisahkan kita
Kalian tetap aku hubungi, aku kunjungi
Di alam realiti mahupun di alam maya
  
* buat teman-teman sepejabat yang disayangi,
ini adalah yang terakhir untukmu,
dariku yang kalian hina selama ini *

 

eLregina
14.12.05 - 1420 pm

 Hit Counter

Keep tract on number of visitors viewing this page.

Close this page