Ayah...
Sekiranya aku diberi peluang..
Walau hanya sekali sahaja..
Ingin aku dakap ingin aku belai..
Aku amat merindui mu...
Aku masih ingat saat itu..
Aku baru berusia 15 tahun..
Itu ler saatnya aku baru dpt merasa belaian mu..
Tapi aku tak pernah menyalahkan mu..
Kerana kau terpaksa berkorban, berjauhan dari keluarga..
Hanya untuk mencari rezeki dan membesarkan kami..
Tapi
masa begitu cemburu dengan aku..
Dalam masa yg singkat..
Aku pula mula sibuk dengan kerja seharian ku..
Keluar pagi.. pulang malam..
Sehingga aku lupa kehadiran mu..
Dalam kesibukan aku bekerja..
Suatu hari itu.. aku mendapat panggilan dari adik..
Panggilan yg membuat aku menggigil..
Bukan kerana sejuk atau takut..
Tapi menahan sebak didada..
Bila adik memberitahu yg ayah kini dihospital
Dan dirawat diruang kecemasan..
Tanpa berlengah aku bergegas
ke hospital
Setibanya aku disana..
Betapa hati aku hancur...
Melihat sebujur tubuh yg dulu gagah kini
Terbaring layu tanpa sebarang kata..
Apa lagi senyuman yang setiap kali
Dilemparkan kepada ku setiap kali aku dtg...
13
August..
Tarikh yg tak mungkin aku lupa kan..
Sekali lagi aku mendapat panggilan dari adik..
Tapi kali ini.. bagaikan gugur jantung ini..
Bagaikan kabus meliputi mata ini..
"Pulang segera.. ayah sedang nazak"
Bagaikan halilintar,
bagaikan kilat membelah langit..
Aku bergegas pulang..
Dalam perjalan airmata tak henti mengalir..
Sambil berdoa semoga aku diberi kesempatan
bertemu ayah untuk terakhir kali..
Ingin
aku kucup dahi ayah..
Ingin aku sujud dikakinya..
Memohon kemaafan atas kesilapan ku yg ada..
Menghalalkan segala jerih payah nya,
Peluh keringatnya untuk membesarkan aku..
Alhamdulillah..
Aku sempat untuk melakukan itu semua..
Ayah menghembuskan nafasnya yg terakhir dgn tenang..
Terukir senyuman diwajahnya..
Seolah-olah memberitahu kami..
Yang dia kini selamat disisi
Penciptanya yang maha Agong..
Sehingga ke hari ini..
Yang mampu aku lakukan..
Hanya berdoa kepada ILLAHI..
Agar roh ayah sentiasa dicucurinya dan dirahmati..
Serta ditempatkan digolongan mereka yg beriman...
Aku
rindu Ayah..
Aku sayang Ayah..
InsyaALLAH...
Kita akan dibertemu lagi..
Dialam BARZAKH... AMIN